Followers

Selasa, 31 Ogos 2010

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 53

salam merdeka yang ke 53 uollss... semalam korang sambut kat mana ? aku ngan family sambut dalam keta je... hahaha...ye le semalam on the way nak balik port klang selepas bercuti selama 4 hai kat kampung . aku bertolak balik dai ganu jam 9 malam . Sepanjang perjalanan balik tu macam - macam ragam dan cara aku tengok orang sambut merdeka . Mat - mat rempits sememang nya ada tapi tak banyak . Yang paling best aku tengok kat Dungun , diorang sambut kemerdekaan dengan berarak dengan menaiki lori , bas kayu , 4x4 dan motor sambil mengibarkan jalur gemilang . Sayang betul kamera aku rosak ..kalo tak leh gak snap gambo.. ish...bila la nak beli kamea baru ni...

Aku selamat sampai kat port klang jam 4 pagi tadi . Alhamdulillah ..dan lepas ni nak kemas2 rumah yang dah macam kapal titanic karam.... bye...

love kumichan :)

Jumaat, 27 Ogos 2010

update laju-laju

sekarang jam 7.15 malam...dan aku sedang bersiap-siap... tapi bukan bersiap-sipa nak bukak posa...tapi bersiap-siap nak balik kampung...ni tengah tunggu asben balik... dah la tak prepare makan... dah dekat nak berbuka ni..dia tak balik lagi... minum air je la dulu ...

kami akan balik kelantan dulu lepas tu hari ahad baru balik ganu... isnin aku cuti ...31hb baru balik .
ok lah cau cin cau.....

love kumichan :)

Khamis, 26 Ogos 2010

Alahamdulillah...boleh la daripada takde

Alhamdulillah...semalam dah diwar-warkan yang kakitangan kerajaan akan dapat batuan khas kewangan sebanyak RM 500 . Jadi le daripada takde langsungkan.... boleh wat cover duit minyak , duit tol . Sib baik tak meroyan nak bagi separuh-separuh macam tahun lepas... Terima kasih kerajaan ....

love kumichan :)

Rabu, 25 Ogos 2010

Mia Sara yang comel

geram aku tengok budak kecik ni tau. Ini gambar masa shooting filen NurKasih . Sejuk je mata memandang tengok dia ni ...

kredit to ohmalaysia

Yang terbaru dalam citer Epilog Syurga Cinta , best gak tengok dia berlakon , tp ada satu scene yang aku rasa kesian kat dia , iaitu scene dia kena marah ngan mak dia ( Puan Sri tu ) tengok macam betul-betul nak nangis dia kena marah pastu kena cubit .. kesian tengok....

geram...geram...

love kumichan :)

bapak bengong sembelih anak ...

Terkejut betul tengok buletin utama semalam... seekor bapak yang gila dah sembelih anaknya yang baru berumur 3 tahun .. Aku ngan asben mengucap panjang tengok berita tu .. Tak dapat aku bayangkan betapa seksanya , betapa sakitnya si kecil yang tak berdaya nak lawan .... Aku menangis bila bayangkan .... semoga roh si kecil itu ditempatkan disyurga ( Al-fatihah ).... . Yang bapak setan tu plak aku harap dia diseksa cukup-cukup sampai dia mampus.....


sib baik aku bendera jepun hari ni..kalo tak kurus pahala posa aku dok ngutuk setan tu

love kumichan :)

Selasa, 24 Ogos 2010

Kat mana jual baju raya yang murah tapi cantik ?

Aku belum buat apa-apa persiapan pun untuk raya ni, rumah belum kemas , langsir belum tukar , baju raya anak-anak belum beli , baju raya aku ngan asben pun belum beli , kuih raya baru order 1 jenis .. adoi....
cadang nya hujung minggu ni aku nak gi beli baju raya untu sekeluarga , kat mana tempat yang ada jual baju raya yang cantik , tapi murah , yang terkini tapi murah ...amboi...nak murah je ko... ye le..kena la bajet...dah la bonus tak dapat..nak balik kampung lagi , keta nak kena servis , duit raya pun belum tukar lagi .. erk... ngeri...ngeri........

Agak-agak kat mana yang best jual baju raya ? PKNS Shah Alam ? SACC ? Mydin ? Giant ?

love kumichan :)

Isnin, 23 Ogos 2010

Tahniah Aishah Sinclair

kredit to beautifulnara

Tahniah kepada Aishah Sincair yang selamat melahirkan baby girl pada 15 Ogos yang lalu . Namanya Soraya Ann. Comel lote , kiut miut babynya.... Tahniah sekali lagi buat Aishah Sinclair dan suami .. Abangnya Ashraf bila lagi ??

love kumichan :)

bertambah lagi usia aku

Hari ni genap usia aku 32 tahun.... huhuuhu... dah tua aku ek... hari sabtu lepas ulangtahun perkahwinan aku yang ke 6 , hari ni plak besday aku....huhuhu sib baik bulan pose.. kalo tak aku paksa asben aku gi seleberet . Asben aku bagi present perfume untuk ulangtahun perkahwinan . untuk besday hari ni..tak tau le .... entah2 dia tak ingat kot... pagi tadi sebelum gi keja dia tak de cakap apa pun... hmmm ..

hadiah untuk 6th annivesary aku dari asben


aku nak ni untuk besday aku leh tak ? ngeee


love kumichan :)

Kena Kaw-Kaw

Setelah 11 hari umat Islam berpuasa semalam ( Ahad ) barulah aku dapat keluar ke PARAM .. kat sini dia punya PARAM jauh.... kena keluar kena tempuh jam , dah sampai kena berhimpit2 ngan org pastu nak balik kena tempuh jam lagi... malas aku.... tu yang aku selalu buat sendiri je kuih...

Tapi semalam tak dapat nak elak , terpaksa ke param sebab aku tak masak.. sibuk kemas rumah . tambahan plak lauk dalam freezer dah habis.. so , aku ke param kat rumah lama aku iaitu kat bandar sultan sulaiman.. kat situ je yang aku tau selain dekat taman kem , kat pekan port klang .Tapi tahun ni macam tak ramai org meniaga...dah round2 tak tau apa nak beli...last2 aku beli nasi kerabu lauk paru ngan telur masin untuk aku , nasi kerabu telur masin ngan 2 ketul bawang putih jeruk , pastu aku tapau gulai kaki ayam sket... total RM 20.. erk.. terkedu laki aku... makcik tu kira nasi kerabu sebungkus RM 7..2 bungkus dah RM 14 , gulai kaki ayam RM 6..huh... mahal gilerr.. laki aku membebel sampai ke tido.... nasi kerabu tu pun dia abis kan sampai takde apa yg tinggal .

huh...kaw-kaw aku kena ....


love kumichan :)

Sabtu, 21 Ogos 2010

HAPPY 6 TH ANNIVESSARY

N3 ini adalah entry khas untuk suami ku Azuan Bin Osman . Hari ini 21/08/2010 genap 6 tahun kita melayari bahtera perkahwinan . Kita selamat diijabkabulkan pada 21/08/2004 . Sepanjang tempoh itu berbagai suka duka , pahit manis , riang tawa , asam garam kehidupan yang kita lalui bersama . Hidup kita bertambah ceria bila dikurniakan 2 cahaya mata yang comel iaitu Daing Mohamad Amsyar dan Daing Nooraisyah Ajwa. Semoga hidup kita sentiasa dirahmati Allah dan dipermudahkan oleh Nya ...Amin.... Cayang Ayah..mmmuaghhh



sebelum akad nikah

semasa akad nikah

dah selamat

korang jangan muntah plakk
love kumichan :)

Jumaat, 20 Ogos 2010

Puding Cendol


Pagi tadi teringat kat dalam fridge ada cendol yang belum berusik . fikir la apa nak buat ngan cendol tu... survey punya survey kat tenet ...ting !! ( eceh ..ko ingat iklan ke ? ) dapat idea buat puding cendol kat Myresepi . Jadinya balik rehat tengahari tadi sempat la aku buat puding cendol..
Ingat nak buat puding buih sekali tapi susu cair ngan cocktail lupa nak beli.. tak pe le , janji ada dessert untuk berbuka petang nanti ...


p/s : gambar sendiri nan ado yo ..tu copy dari Myresepi ..

love kumichan :)

Raja Azmi kena tangkap ?



aku copy kat forum cari

KUALA LUMPUR – Kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman, 51, tiada tanda akan berkesudahan apabila semalam penerbit filem itu ditahan ketika dia pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang dekat sini untuk membuat satu laporan polis.

Belum pun reda kisah dia dikaitkan sebagai punca perceraian bintang badminton, Muhammad Roslin Hashim dan Nurhayati Othman, Raja Azmi ditahan pada pukul 4.50 petang selepas dia membuat laporan polis berhubung satu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang didakwa mempunyai unsur ugutan.

Penerbit filem itu ditahan selepas dia didapati mempunyai waran tangkap dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana tidak hadir perbicaraan pada 21 Julai lalu bagi satu kes pertikaian komersial.

Dalam kes tersebut Raja Azmi didakwa terlibat dalam satu kes tuntutan jual beli tanah beberapa tahun lalu.

Sehingga pada pukul 12 malam tadi, Raja Azmi tidak dibenarkan diikat jamin kerana dia akan terus dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang) hari ini.

Suaminya, Jalani Sidek cuba mengikat jaminnya tetapi gagal. Akibatnya Raja Azmi kena berbuka puasa di dalam lokap.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan mengesahkan penahanan Raja Azmi oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Ampang Jaya.

“Wanita itu ditahan berkaitan satu waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah pada 21 Julai lalu ekoran keingkaran penerbit filem itu untuk hadir satu perbicaraan,” kata beliau.

Sebelum ditahan, menurut beliau, Raja Azmi datang ke IPD Ampang untuk membuat laporan berhubung dakwaan dia menerima satu mesej SMS yang didakwanya ada unsur ugutan daripada seseorang yang tidak dikenali.



hmmmm tak abis2 ngan kontroversi Raja Azmi ni... tak pasal kena berbuka kat lokap semalam

love kumichan :)

Khamis, 19 Ogos 2010

Tok ti & Tok Pah bertaut semula

baca dekat forum cari kisah tok ti dan tok pah dipertemukan dalam satu sesi fotografi setelah 6 tahun berkonfrantasi . Apa sebab diorang bergaduh dulu aku pun dah lupa.. tapi diorang kata dah lupakan apa yang berlaku dan mintak seme pihak jangan melaga-lagakan lagi mereka.. so..dibulan yang mulia ni..buang yang keruh ambil lah yang jernih ...lupa kan lah apa yang dah berlaku . Dua-dua pun dah dewasa dan dah lama dalam bidang seni kannn ???

love kumichan :)

Puasa day 8

Menu untuk berbuka semalam adalah
1. Ikan singgang
2.Sambal tumis ikan bilis kentang petai
3.Sayur kacang goreng

Kuih pulak
1. Kuih Serimuka yang aku buat tengah hari
2. Nekbat ( asben beli ..yahoo !! akhirnya dapat jugak makan nekbat )
3. Tapai pulut

Air kelapa muda

Ikan singgang feveret asben ngan anak-anak .. kalau aku masak ikan singgang ni aku akan pastikan aku letak lengkuas lebih , asam keping lebih , kuah dia banyakkkk..sebab diorang akan hirupppp kuah tu... sedap kot sebab ada masam-masam kuahnya .. sayang kamera aku rosak ..kalo tak aku dah snap time diorang menghirup kuah tu... hmmmm
love kumichan :)

Rabu, 18 Ogos 2010

masak kuih serimuka kelantan / tok aji serban

gambar recycle dari n3 sebelum ni

Tengahari tadi balik rumah sekejap . . opis aku bulan posa pun balik kul 5 petang . Jadi masa rehat 1 jam yang banyak terluang tu aku guna la untuk balik rumah dan buat kuih ... Hari ni aku buat kuih serimuka kelantan atau tok aji serban . Jangan tanya aku pasal apa dia panggil tok aji serban ? aku pun tak tau . .. ( pasal bahagian atas tu macam tok aji punya serban kot ? ngeee )
Resepinya aku ambik kat majalah Saji Bulan mei kalau tak silap . Antara bahan-bahan dia :

lapisan bawah :
beras pulut ( rendam kejap )
santan
gula sket
garam sket

lapisan atas
Telur
gula merah
vanilla
garam sket

( sukatan dia ikut sesedap rasa aku je )


cara dia : Untuk lapisan bawah :
kukus beras pulut sampai setengah masak, lepas tu angkat , masukkan dalam mangkuk , gaul ngan santan yang dah dicampur gula ngan garam , pastu letak dalamloyang , kukus lagi sampai masak, pastu angkat .

untuk lapisan atas :
gula merah tu dimasak ngan sikit air , pukul telur telur ngan vanilla dan garam sket pastu masuk gula merah tadi , pukul sampai kembang pastu tapis masuk dalam pulut yang dah dikukus tadi , dan kukus balik sampai dia masak . Nak tau dia dah masak bila kita cucuk bahagian atas tu ngan lidi , dia tak melekat .


:-gambar takde ( kamera aku rosak lagi )

love kumichan :)

maizawati kawin

Tadi aku blogwalking ..sambil-sambil aku cari idea untuk berbuka petang ni... tersinggah le kat blog Cerita Ratna ( kredit to her ). Citer pasal maizawati ex ostad akhill yang kawin budak muda tu..nama asben dia..mohd yassin ben ..... aku sebenornya tak amik port pun... lantak dia la nak kawin ngan sapa pun kan...cuma yang aku tak puas hati nya.... time nikah tu... naper laki dia pakai songkok cengggitu ? Nampak macam budak sekolah je .... time sarung cincin , kemas elok plak rambut....
hmmm nak wat camne...dah selamat jadi suami isteri pun...
love kumichan :)

berebut cuti raya

huhuhu

kat meja aku dah penuh fail orang mintak cuti raya ...berebut-rebut you... masa ni la nak tengok diorang bermasam muka sebab berebut tarikh cuti ... ye le..diorang cuti ikut giliran kan... kalau dah sampai giliran diorang untuk cuti tahun ni harusla diorang apply kan... yang kelakarnya ada orang tu dah cuti tahun lepas tapi masih sibuk-sibuk nak apply lagi ... ada sorang hamba Allah ni , dia ni memang terkenal ngan sifat degil .. tiap-tiap tahun nak cuti raya ..siap boleh bergaduh lagi ngan incas sebab tak sokong cuti dia .. kesian orang yang dah 3 tahun tak cuti raya ...

suka hati le...tugas aku , forwardkan pada bos... lulus tak lulus ..tu kuasa bos...

love kumichan :)

Isnin, 16 Ogos 2010

Ramadhan Day 4/5&6

Tak de mood nak taip n3 kalo takde gambo... kamera masih belum di repair ...kamera henpon plak memang langsung takleh guna..kelabu asap....

nak citer puasa hari keempat .( hari sabtu ) ..tak de apa yang special..cuma kerana teringin sangat nak makan koleh lemak ( aku dah citer kat n3 sebelum ni ) ... aku gigih cari resepi kat tenet dan buat... alhamdulillah ..menjadi walaupun agak manis.... boleh la..janji aku tak kempunan ...

puasa hari kelima plak ..huhuh aku bangun sahur lewat...tengok-tengok jam dah pukul 5.30 pagi . ha kau.... apa lagi melompat la aku bangun...dah la laki aku jenis liat bangun ...sambil aku kejut dia sambil aku berlari ke dapur , panaskan lauk je... nasi makan sejuk2 macam tu.... sib baik imsak kul 5.45 pagi..sempat la jamah sket....

untuk berbuka lak ..aku buat kerabu seafood ngan mangga muda , ayam paprik dan sayur peria goreng telur ... tu je...

untuk hari ni .aku set jam kul 4 pagi.... bunyi je alarm ..aku terus bangun.... siap2 kan lauk.... untuk berbuka nanti ..tak tau lagi nak masak apa...mungkin buat ayam masak lemak cili api , goreng kacang buncis ngan telur dadar kot... pastu buat agar sket untuk pencuci mulut....

Insyaallah..


love kumichan :)

Jumaat, 13 Ogos 2010

Hukuman Mati bagi kes buang bayi

Semalam tengok berita , Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil , Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat mengumumkan bahawa kes pembuangan bayi akan disiasat sebagai kes bunuh atau cubaan bunuh...

Aku copy sikit kat berita harian :

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun ini hingga semalam.

Ini bermakna kalau bayi yang dibuang itu mati maka hukuman mati akan dijatuhkan kepada orang yang budus yang buang bayi tu .

Aku setuju sangat apa yang Datuk Shahrizat ni bagitau ... kalau boleh bukan ibu je ... jantan tak guna yang menyebabkan pompuan tu mengandung pun wajib kena hukuman mati jugak. Kalau boleh ..sebelum mati tu kasi sebat depan khalayak cukup2 , baru la orang lain pun serik ...

Hisshhh..geram betul aku.... sib baik bulan puasa.... kena la control marah ...

Aku harap sangat dengan terlaksananya akta ni , kes2 buang bayi ni dapat dilenyapkan terus .. Aku rasa sedih sangat bila dengar kes-kes macam ni... Nak-nak bila tengok anak-anak aku...

Anak itu anugerah Allah


love kumichan :)

Aku rindu ...

ampun ... pagi-pagi dah kurangkan pahala posa orang ... korang tengok sekali dah lah ye... jangan tengok berkali-kali...kalau nak tengok berkali-kali-kali ..bukak blog ni malam karang ekkk.... tapi kalo korang nak tengok siang2 ni ..kalo pahala posa korang kurus..aku tak tau.... ngeee

Tak tau la kenapa Ramadhan kali ni aku teringat sangat kat kampung..especially makanan-makanan dia ... ini antara makanan yang aku rindu nak makan


kuih Qasidah


Tok Aji Serban

Akok


Tepung Pelita yang besarrr punya


rojak kateh


ketupat sotong


koleh lemak .kredit to tuanpunya blog


satar

nekbat
pic dari gugel


puteri ayu


kole kacang
kredit untuk kak hanieliza


Uwaaa ..nak balik kampung.......



love kumichan :)

Khamis, 12 Ogos 2010

fikir-fikir

dah pukul 4 petang ... kepala otak ni dah mula berfikir .. nak masak apa berbuka nanti.... sekarang ni pun tengah search blog-blog yang ada resepi ..kot-kot la boleh kasik idea sket .. tapi .. belum ada lagi la.... hurmmmmm nak masak apa ni ...........

love kumichan :)

Banjir ! Banjir !

Tolong !! Tolong !! banjir !! banjir !! eh banjir ? kat ner ? tak de masuk berita pun ? haha memang la takde masuk berita ...bukan banjir sebab hujan ... tapi ni banjir sebab air pasang besar . Almaklum la rumah tepi laut...eh laut ke ? bukan kat tepi laut sangat pun ..kira macam dah nak masuk kat kuala dah.

Hari pertama Ramadhan disambut dengan ketibaan air pasang besar kat kawasan kuarters aku ni.. disebabkan kamera aku rosak.. makanya tak dapek lah aku nak snap gambar terbaru... tapi aku ganti dengan gambar yang aku pernah snap semasa air pasang besar 2,3 bulan lepas.. lebih kurang macam ni jugak la air pasang yang berlaku sekarang ni... biasanya dalam 3 hari kitorang akan melalui air pasang ni . Air laut akan naik kira2 jam 6.30 pagi dan akan surut pada jam 9.00 pagi lepas tu akan naik semula jam 5.00 petang dan surut balik jam 9.00 malam ..

Gambaran dia lebih kurang macam ni la..

Ini kat luar kawasan kuarters , aku snap dari rumah kat tingkat 6 . Kalau hari biasa kawasan hutan bakau kat tepi kuarters ni kering je... tapi bila tiba air pasang , habis semua tenggelam. nasib baik sebelum kuarters aku ni dibina kontraktor dah tambak tinggi-tinggi tanahnya , kalau tak mau banjir jugak kawasan rumah ni .

air sedang naik

Gambar ni aku ambik 2,3 bulan lepas , masa ni waktu petang dalam jam 6.00 petang camtu. Masa ni air laut baru nak naik.. so sempat la mana-mana kereta yang nak keluar tu dapat keluar dengan selamat . Bahaya oo kalau keta kena air masin... boleh tembus lantai kereta tu kalau dah kena air masin .

tak lama selepas tu

Ini gambar jalan menghala masuk ke kuarters aku . masa ni air laut pasang takde la tinggi mana , tapi still tak boleh lalu oleh kenderaan ringan macam kereta atau motor .

tempat yang sama , tapi air dah tinggi


Kalau tadi pemandangan dari jalan nak menghala masuk ke kuarters aku . Ni pemandangan dari sebaliknya pulak.. jalan dari kuarters nak menghala keluar pulak .

ini pemandangan kiri kanan jalan
Kalau bukan bulan Ramadhan ni , ada beberapa aktiviti yang akan dilakukan oleh penghuni-penghuni kuarters ni bila tiba waktu air laut pasang besar . Antaranya , menjala ikan

kat sini ramai kaki-kaki pancing ..jadi ramai la yang ambik kesempatan menjala bila tiba air pasang besar ni , termasuk la laki aku . Tapi tak de le ikan besor-besor macam siakap ke kembong ke...cuma ada ikan belanak , senangin atau kintan . Biasa nya ikan belanak tu diorang buat umpan pancing .

aksi seorang kaki pancing / jala

ikan belanak.. ini kecik je , kalo besar dia panggil ikan lain ,
tapi tak ingat la pulak... kalo kecik diorang wat umpan , kalo
besar , biasanya aku rembat bawak balik.. goreng pun sedap oo
isi dia manisssss sangat .
muka orang happy dapat banyak ikan




Selain menjala ada gak aktiviti yang lain untuk budak2 iaitu.... MANDI !!! Sib baik kali air pasang masa bulan puasa kalo tak mau laki aku angkut anak2 dia gi main air ..Tapi tak leh mandi sangat . setakat berendam gitu2 je boleh la.. ye le.. air laut yang naik ni bukan nya bersih sangat .. balik rumah kena mandi balik .. tapi boleh la...buat lepas geram ...


esok sehari lagi nak tempuh air pasang ni... kesian laki aku... habis motor dia berkarat sebab air masin ... nak wat camne ... kuasa alam.... sabor je le....

love kumichan :)

Rabu, 11 Ogos 2010

cerita hari sabtu lepas

N3 yang mengambil masa 3 hari untuk aku siapkan ... ye la... guna internet opis.... macam X&*X^&*_ je... betul2 menguji kesabaran aku ..especially bila nak upload gambo.... fuhhh ..sakit kepala betul... sabar...sabar....ingat...puasa.....

Hari ni aku nak citer pasal aktiviti pada hari sabtu lepas. Tabika Amsyar ada buat hari sukan untuk tabika dia la. So gigih le bangun awal seme.... ye le...1st time Amysar main sukan kat tabika , mestila ibu ngan ayah excited kan....



Sampai kat tabika lebih kurang pukul 9.00 pagi... masa sampai tu orang tak ramai lagi..dalam kul 9.30 baru ramai yang datang . Acara start lebih kurang pukul 10.oo pagi , dirasmikan oleh penyelia tabika je... yang sepatutnya datang merasmikan tak dapat datang .



Aturcara pertama : nyanyi lagu Negaraku


Acara kedua : Aerobik oleh kanak-kanak tabika
ni..syok oooo aku tengok diorang ni berjoget.





over tau budak nih..tapi kiut....ihihi










tapi sayang... anak aku tak mo menari....padahalcikgu dia cakap , semasa latihan kemain ligat dia
menari ...oooo segan kat ibu ngan ayah ekkkk.so...sepanjang-panjang masa kawan dia ni menari
boleh di berdiri macam kayu je.... adoi la......

Acara seterusnya untuk kumpulan atau rumah . Amsyar duduk dalam rumah hijau . Ni sukan ni orang panggil apa ni ekk? lari sambil lompat bola atau bouncing ball ? eh.... apa ekk




Acara untuk kanak-kanak tabika 6 tahun , lari dalam guni . budak ni main dalam terpaksa..

menangis-nangis wuwuwuwu


acara leret bola ( ye ke ? )


gaya seorang ayah yang memberi sokongan pada anaknya..
acara bawa bola dalam sudu guna mulut

( untuk kanak2 tabika 5 tahun )


dah sampai ke garisan penamat tapi kalah daa



Selain acara sukan untuk kanak-kanak tabika , ada jugak disediakan sukan untuk ibubapa dan kanak-kanak bawah 12 tahun... Untuk ibu ada acara baling tin dengan bola...ni ala-ala main boling la... aku masuk... tapi kalah semasa saringan ... untuk bapa pulak ada acara isi air dalam botol... asben aku ada masuk gak ..tapi kalah semasa saringan .... last sekali acara untuk ibu / bapa / anak iaitu baling bola ke dalam bakul..dalam acara ni , Amsyar baling bola kat aku dan aku baling pulak bola kedalam bakul yang dikendong asben aku... dapat la no 3...

sesi mendengar taklimat sebelum game bermula

acara saringan baling tin... kalah daaa
Gambar-gambar selepas game ni aku tak dapat snap sebabnya kamera aku rosak...uwaaaa ... Ecah punya pasal la ni... nape tah dia buat perangai . ada ke dia pegi melingkar-lingkar / membelit-belit kaki dia kat kaki aku..macam kucing.. aku tak leh nak stabilkan badan, apalagi bedebuk la jatuh... kamera yang aku dok pegang tu plak jatuh terhempas atas simen , langsung takleh on... adoi....habis....habis....
Antara hadiah yang disediakan..... Pasukan Amsyar dapat no 3 .. jadi dapat hadiah dalam beg merah . Bagi acara family , kami dapat no 3 .. dapat hamper kecik yang bakul hijo tu.. dan rezeki kami lagi dapat cabutan bertuah plak.. dapat la hamper yang tinggi tu.... alhamdulillah .. happy la jugak walaupun sedih sebab kamera rosak.... macam mana aku nak update blog ni.... :(

love kumichan :)