Followers

Jumaat, 29 Oktober 2010

mashammmm

mmm .. ini aje yang aku boleh telan hari ni ... pagi tadi roti canai sket... tengahari kuey tiow goreng 1 suap ... pastu ..mende ni je la aku dok hadap dari tadi sambil wat keja .... mashammm....tapi i laike.... nak sket ??


love *Tinie*

Khamis, 28 Oktober 2010

Lagenda - Ulek Mayang

Aku belum berkesempatan lagi nak tengok Slot Lagenda TV3 ni .... Citer Ulek Mayang . Tapi aku bangga sebagai anak Terengganu bila kisah Ulek Mayang ni di dramakan . Serius aku cakap ..aku tak boleh dengar lagu Ulek Mayang ni sebab lagu ni memang berhantu . Teringat dulu masa sekolah ... member aku gatal pegi nyanyi lagu ulek mayang ni masa duk kat pantai Batu Buruk , Kuala Terengganu . Akibatnya.. dia dirasuk oleh puteri tujuh ..siap menari2 tarian ulek mayang lagi .. . betul ni.... aku x tipu ...



Ulek mayang ku ulek

Ulek dengan jala jemala

Ulek mayang diulek

Ulek dengan tuannya puteri

Ulek mayang diulek

Ulek dengan jala jemala

Ulek mayang diulek

Ulek dengan puterinya dua



Puteri dua berbaju serong

Puteri dua bersanggol sendeng

Puteri dua bersubang gading

Puteri dua berselendang kuning

Umbok mayang diumbok

Umbok dengan jala jemala

Nok ulek mayang diulek

Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong

Puteri empat bersanggol sendeng

Puteri empat bersubang gading

Puteri empat berselendang kuning

Umbok mayang diumbok

Umbok dengan jala jemala

Nok ulek mayang diulek

Ulek dengan puterinya enam



Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning

Umbok mayang diumbok

Umbok dengan jala jemala

Nok ulek mayang diulek

Ulek dengan puterinya tujuh



Puteri tujuh berbaju serong

Puteri tujuh bersanggol sendeng

Puteri tujuh bersubang gading

Puteri tujuh berselendang kuning

Umbok mayang diumbok

Umbok dengan jala jemala

Nok ulek mayang diulek

Ulek dengan tuannya puteri



Tuan puteri berbaju serong

Tuan puteri bersanggol sendeng

Tuan puteri bersubang gading

Tuan puteri berselendang kuning



Umbok mayang diumbok

Umbok dengan jala jemala

Nok ulek mayang diulek

Ulek dengan tuannya puteri



Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan

Umbok mayang ku umbok

Umbok dengan jala jemala

Pulih mayang ku pulih

Pulih balik sedia kala

ni lagu ulek mayang nyanyian Aziang Mazwang Sapuang ...heheh sori Azian ..gurau..







meremang bulu roma aku ...


love *Tinie*

confirm

Alhamdulillah...confirm aku pregnant . sebelum ni aku duk war2kan je ...tapi aku sendiri sebenarnya was-was gak.. tp tadi aku beli pregnancy test ni ... dan...hheheh confirm.....

love *Tinie*

Amaran Tsunami di Port Klang ?

Tadi aku dapat call dari pejabat emergency 999 Kuala Lumpur yang bagitau diorang dapat laporan bahawa amaran tsunami telah dikeluarkan di Port Klang . Aishhhh ... terkejut badak aku... Amaran Tsunami ? View dari opis aku ni mengadap laut port klang . Tenang aje. mana datang plak tsunami kat sini ? tak baik oo buat laporan palsu ...






love *Tinie*

I Miss This Moment

I miss this moment... ada 3 orang yang dalam gambar ni dah tak ada kat opis ni . Means , dah bertukar ... yang depan 2 orang tengah2 ( my 2nd & 3rd bos ) tu ngan 1 orang no 2 dari kiri ( sebelah tudung kuning ) diorang dah bertukar ke cawangan lain dan ada yang bertugas di Timor Leste . Memory bersama mereka akan diingat sampai bila- bila .


love *Tinie*

Mood agak swing

good morning uol'sss.. macam mana pagi anda hari ni ? Dah sarapan belum ?

Aku rasa pagi ni mood aku agak swing ke laut . Rasa macam malas je nak keja hari ni . Dengan sakit kepalanya , dengan sakit badannya , loya2 pun ada .

Adeh ...dah 4 tahun tak mengandung ...dah lupa mcm mana rasanya .

Tak tau nak taip apa....blur....blur..... Nanti la kita update lagi..

love *Tinie*

Rabu, 27 Oktober 2010

Teringin



Tengok kat nuffnang pasal Pizza extreme cheesy . Wuwuwuwu ..meleleh air liur mak .... Bila la boleh gi makan ni .... Ayanggggg nak pizza.. dush..dush..banyak ko punya pizza


love *Tinie*

Kejam - Anak tumbuk Ibu sampai koma

KEMAMAN: Akibat berang dengan sikap ibunya yang dikatakan lambat membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, seorang lelaki sanggup menumbuk muka ibunya itu sehingga terjatuh dan koma.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari di Kampung Mak Chili Paya, di sini, kelmarin, ibu malang itu yang juga seorang suri rumah mengalami pendarahan teruk di muka akibat kesan tumbukan kuat anaknya sebelum terjatuh dan mukanya tersembam pada meja kayu.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, akibat kesan tumbukan itu, mangsa mengalami patah tulang kening manakala hidung dan mulutnya mengalami pendarahan teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Kemaman (HK) oleh seorang anak saudaranya yang melihat kejadian itu.


“Bagaimanapun wanita berusia 49 tahun itu dikatakan koma ketika dalam perjalanan ke HK dan dirawat di unit rawatan rapi sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, mangsa mula sedar pada awal petang semalam dan menunjukkan tanda pulih.


Abdullah berkata, pemeriksaan imbasan yang dilakukan terhadap wanita berkenaan di HTAA bagaimanapun menunjukkan tidak berlaku sebarang pendarahan dalam otak dan dia dirujuk semula ke HK untuk rawatan lanjut.


“Susulan itu polis menahan reman seorang lelaki yang juga anak ketiga mangsa berumur 25 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun,” katanya.


Menurutnya, sebelum kejadian itu suspek yang bekerja di sebuah syarikat petroleum di sini dikatakan baru pulang dari tempat kerjanya sementara ibunya sedang mengemas rumah.


Abdullah berkata, suspek dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada 6 November depan dan inginkan kepastian daripada ibunya mengenai perkembangan persiapan perkahwinan seperti kelengkapan pelamin, barangan hantaran dan jamuan. - sumber


Hmmm...apa nak jadi dengan dunia sekarang . Kalau dah rasa mak tu tak sempat nak buat persiapan , tolong-tolong le.... kalo camni comfirm bakal in-law reject ... kalo mak boleh ditumbuk... nanti anak bini apatah lagi...

love *Tinie*

Jom Breakfast


Morning uol'sss... dah sarapan belum ? Kalo belum moh le kita sarapan sesama . Hari ni aku sampai opis awal... Sementara takde orang ni , aku sarapan la dulu . Air teh panas ngan kuih . dibuat khas dari kantin..hahahha... ok ...selamat menjamu selera....


love *Tinie*

Paul da sutun mati sudah...


BERLIN 26 Okt. - Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.

“Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.

“Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri,” kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan. -sumber

R.I.P Paul... mesti ramai yang seronok bila Paul dah mati... nak2 yang kalah judi masa Piala Dunia dek kerana sutun ni ....

love *Tinie*

Selasa, 26 Oktober 2010

Kenapa Nuffnang Earning aku tak bertambah ?


Sedikit kefelikan disitu . Kenapa Nuffnang Earning aku tak naik ? Biasanya , tiap2 hari Isnin kalau aku klik kat earning tu mesti ada perubahan walaupun sikit . Tapi minggu ni takde plak . Nape ek ? Frust owh....


p/s : bila la nak merasa BE ni ekk ?


love *Tinie*

Kopi 434


Selama ni aku dengar je orang dok cerita tentang Kopi 434 nih . Diorang cakap sedap la , kaw-kaw la ... Meleleh jer.... Tapi skang tidak lagi sebab...Kopi 434 dah ada dalam genggaman ku mwahahahhaa... Terima kasih kepada ex-bos yang baru bertukar ke Muar , Johor . Sempat la kirim kopi ni kat staf dia yang tolong hantar barang2 pindah dia ke sana . Petang ni leh la try kopi 434 ni sambil makan goreng pisang panas . Wallawei !

love *Tinie*

Isnin, 25 Oktober 2010

betul ke Ramlah Ram dah bertudung ?

Macam tak caya je bila orang bagitau Ramlah Ram dah bertudung ... tapi bila tengok gambar ni .... Alhamdulillah..jika benar seperti yang diperkatakan orang . Terbuka juga hari dia nak bertudung . Nampak sweet je Kak Melah kita ni ( mak sedara aku panggil Ramlah -Melah )



Harap-harap terus berkekalan perubahan Ramlah Ram ini . Semoga lebih ramai artis yang akan bertudung . Tapi jangan kepala je bertudung , tang lain plak terdedah ...

gambar kredit kat forumcari

love *Tinie*

Maiza...oh Maiza

Tadi beli Majalah Keluarga bulan November 2010 . Gambar Maiza dan Asben barunya serta 2 orang anak Maiza .

Apa yang boleh aku katakan ... suaminya perlu ubah penampilan sket .. kasi potong pendek ke rambut tu .

Apa pun tahniah sebab Maiza dah mengandung anak yang ke 7 . wow..umur baru 35 tapi anak dah nak masuk 7 ..itu namanya rezeki .. Semoga perkahwinan beliau kali ni akan berkekalan hingga ke akhir hayat . Maklum la kawin ngan orang muda ni banyak dugaan nya.. ewah... macam tau - tau plak.... hehehh apa tak tau nya.... den ngan laki den , tuo den 3 tahun ...hahhaha

love *Tinie*

Comelnya Mia Sara & Lisa Surihani

Alahai..comelnya Mia Sara semasa FFM semalam ...kiut je ...

Lisa Surihani pun comel ... tapi ada iras2 memey suhaiza plak time ni

kredit to budiey

love *Tinie*

Air pun ada blog

Ingatkan orang je ada blog...air pun ada blog.... tak caya ? tengok ni ..

Bandung Blog

ice blended blog , smoothies blog , milk shake blog

yoghurt blog

Ha...caya tak... hihihi... alkisahnya ..tengahari tadi aku gi beli barang dapur ..almaklum le hari ni gaji bagi gomen kan... aku biasa shoppin barang dapur ni kat econsave pandamaran , klang. Ternampak la kiosk ni .... nama kiosk ni coolblog . 1st time nampak kiosk ni rasa nak cuba try test la... lagipun hari ni aku gi berdua-duaan dengan encik asben . jadi agak gedik la disitu , nak test kan . kalo datang ngan anak2 takde nya nak menyinggah ...

posing gedik

gedik lagi...sampai budak tepi tu heran tgk aku

dia pun nak jugakk

disebabkan tak tau mana nak pilih , aku pilih strawberry smoothies
mmmm ...mashammmm.... tapi abis gak

dapat kad ahli free , dengan pembelian RM 3
dapat satu stamp cop.


Keistimewaan dia , masa hari jadi dapat air free .Tak pun kalo besday korang lambat lagi , tapi stampdah penuh ( ada 5 ruang ) , korang berpeluang untuk join lucky draw.. hadiah dia I-phone 3G .... website diorang www.coolblog.com.my
love *Tinie*

Ahad, 24 Oktober 2010

alhamdulillah rezeki

Alhamdulillah....rezeki....dalam malas-malas aku nak masak , ada gak yang bermurah hati bagi aku lauk....syukur ..tq Kak Ana. Actually Kak Ana ni pengasuh anak2 aku ....jadi memang kebiasaan dia selalu hantar lauk kat umah ...tapi aku pun selalu balas.... orang berbudi kita berbahasa la kan ,

ini gulai nenas

terung goreng

ha..yang ni feveret aku , kerabu mangga ,
aku ratah dulu .hahhaha


love *Tinie*

Salam Hari Minggu

Selamat berhari minggu buat semua. Hoh ..dah tengahari baru wish bagai ...nak wat camne ... hari ni satu rumah bangun lambat ..kul 10.30 pagi baru bangun .... melampau betul.... akibatnya badan aku jadi letih lesu.... malas nak kemas rumah ...adoi la.... nak masak pun malas. Aku goreng mee hoon je...

K lah..aku nak kemas umah jap ..nanti petang2 aku wat n3 lagi ...


love *Tinie*

Sabtu, 23 Oktober 2010

Festival Busana Muslim yang tidak berciri muslim .






kredit to Malaysiakini

Baju yang memaparkan perkataan " Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik digunakan pada sepasang baju yang dipakai oleh model ketika Festival Busana Muslim ( IFF) di Monte Carlo 9 Ogos lalu . Nampaknya pereka fesyen ni tak peka dengan sensitiviti masyarakat Islam . Festival ni pun langsung tidak memaparkan ciri-ciri muslimah ... nampaknya penaung IFF ni kena lebih peka dengan persekitaran dan perlu ada penasihat yang lebih pakar dalam soal busana muslim .

" Sekadar pandangan peribadi "


love *Tinie*

aisyahamsyar.blogspot murtad ?

what ?????? aisyahamsyar.blogspot murtad ?????? astaghfirullahalazim..... siapa yang search camni ni... agak-agak la weiii....kang tak pasal JAIS cari aku ....


love *Tinie*

Camne takmo bagi anak bergaduh

Korang tahukan aku ada sepasang anak . Ala si Amsyar ( adam ) ngan Ecah tu ..... Akhir-akhir ni diorang berdua asyik bergaduh je....kalo bergaduh tu plak , takde yang biasa2 nya mesti bertumbuk , bercakar pastu gigit menggigit , kalo tak abang yang gigit mesti adik yang gigit . Huishh kalo dah mengigit tu memang tahap kritikal la tu ...dia punya bekas gigitan leh tahan 2,3 hari . Aku sampai dah tension jadinya ...dah tak tau dah nak handle mcm mana ... korang lak camne

minah x reti pakai baju . masa ni ok lagi


dah start bergaduh . berebut henpon

waaaa..... suka ati ko la kakak oiii

love *Tinie*

Jumaat, 22 Oktober 2010

sakitnya.....

takde mood betul aku nak bercakap bila dah sakit mulut ni kan... actually dah 2,3 kali asyik sakit kat tempat yang sama ... apa orang panggil ekk ..mata ikan ke apa...ala yang luka / melepuh kat bibir tu .... boleh kata tiap2 bulan aku kena ... kalo tak kat pipi , mesti kat mulut ....skang ni kena kat mulut ..tadi dah letak bonjela...ha kau ..pedihnya kaw - kaw...merasa la ko moncong je mulut tu macam ikan.... iskkkkk

love *Tinie*

Kenapa sy tak dpt terjah blog korang ek...

kepada beberapa readers yang tinggalkan jejak kat shoutbox ngan followers saya , sila ambil maklum , saya tak dapat nak jengah blog anda atas sebab2 tertentu , macam tak leh bukak blog tu ( ada password ) , dan ada yang sy tak tahu mana satu blog anda , antara blog yang sy takleh jengah ialah aixee , rynas , mummy zara sofea dan haryati .

maaf ye... kalau boleh sila tinggalkan jejak/link ada disini ...


love *Tinie*

Apakah maknanya ini ....

  • Tidak Datang haid. ( hari ni hari ke 13 aku belum piyed )
  • Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif. ( ada.huhuhu )
  • Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah. ( belum )
  • Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil. ( yes )
  • Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk. ( letih lesu sangat nih )
  • Anda mungkin sering mengalami perubahan emosi. ( tak perasan plak )
  • Anda mungkin membenci makanan. ( benci takde la....kurang makan ada la )
info dari sini

apakah.....apakah..... apakah makna semua ini ....



love *Tinie*

Nana dapat bb gegirl..

Berseri-seri wajah Nana yang dah selamat melahirkan baby girl pada 21/10 / 2010 . Nama baby dia Althea Raqeem Brian .

kiut je Nana


Baby Althea .

Note : Anne Ngasri pun dah bersalin pada 21/10 / 2010 gak . pun dapat baby girl.

love *Tinie*

Tun Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi

Suka tengok pic ni ....Tun Mahathir ngan Tun Abdullah....


love *Tinie*

Rozaliya lagi

Saya lari sebab tertekan'


ROZALIYA membaca kisah mengenai dirinya di akhbar Kosmo! di Kemaman semalam.


KEMAMAN – Bakal pengantin yang ditemui semula selepas hilang pada 13 Oktober lalu, Rozaliya Mat Lazim mendakwa beliau melarikan diri ke Kuala Lumpur kerana tertekan dengan sikap tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor, yang tidak mengendahkannya.

Menurut beliau, pada pertemuan terakhirnya dengan Mohd. Helmi, 24, pada 13 Oktober lalu, dia dan tunangnya itu bertengkar di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke Kuantan untuk membeli barang keperluan perkahwinan.

Cerita Rozaliya, 20, punca mereka bergaduh adalah kerana mereka tidak dapat memutuskan siapa yang harus membeli barangan keperluan perkahwinan.

“Tiba di Kuantan, dia tinggalkan saya bersendirian di sebuah kedai dan kemudian saya mengeluarkan wang daripada mesin ATM sebuah bank berjumlah RM1,300 untuk membeli barang kahwin.

“Tiba-tiba ada dua lelaki mengekori saya dan sebab takut, saya terus hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada Helmi meminta bantuan,” cerita Rozaliya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Ceneh Baru di sini semalam.

Rozaliya mendakwa, walaupun dia menghantar SMS, Helmi langsung tidak mengambil berat tentang keselamatannya.

Beberapa minit kemudian, dakwa Rozaliya, dua lelaki yang mengekorinya telah merampas wang yang baru dikeluarkannya itu sebelum dia sempat memasukkannya ke dalam beg.


macam tu plak citernya . kenapa dia tak pegi wat report polis tp pegi lari ke KL ?

love *Tinie*

Khamis, 21 Oktober 2010

Sorry ya kawan-kawan

Sorry ya kawan-kawan kalo korang tengok blog aku ntah hapa-hapa .... template ngan design nya kejap-kejap bertukar ... aku sedang usaha untuk buat yang terbaik kat blog ni ....

love *Tinie*

ayo ...Fazura.....

Ayooo...Pajura.....


wajah mu cantik jelita

tapi tiak bacahhhhh

ya ampun..... ( awat la tak pakai sarung kaki )

copy kat forumcari


love *Tinie*

Terima Kasih Ben Ashaari

Terima kasih diucapkan kat BenAshaari , sebab bila aku letak link blog aku kat n3 dia NI.. aku perasan traffic aku tiba-tiba naik .. eeee seronoknya... terima kasih Ben Ashaari ..terima kasih jugak kepada anda yang sudi jengah blog yang tak seberapa ni...

love *Tinie*

Dia nak jugak ...


asben aku pun nak berbelog jugakkkk...

love *Tinie*

aku mamai hari ni

hahahha..mati - mati aku ingat hari ni hari jumaat ..ghupanya hari ni hari khamis .... sib baik hari ni amsyar tak sekolah ..kalo tak , aku bagi dia pakai baju melayu . Hari ni aku keje sampai kul 11 je sbb pengasuh budak2 ni tepon mintak gi ambik bebudak ni sebab dia ada hal ( memanjang ada hal ) pastu balik umah dalam kul 12.30 tadi , asben ada kat umah , dia siap2 nak kuar ..aku tanya la ..tak gi semayang jumaat ke... Asben aku kepelikan la bila aku tanya camtu ... alo yanggg hari ni hari khamis la ( siap tunjuk kalendar lagi ) ..hak hak...maluuuuu...... Adoi la..... minggu ni memang minggu mamai agaknya ...

love *Tinie*

Nak tanya pendapat sket ...

Apa komen anda tentang blog saya ? cantik ke ..tak cantik ke... tang mana nak ditambah...tang mana nak dibuang ........ template kena tukar ke.... tolong bagi pendapat ekkk .....


love *Tinie*

Ish..ish ish...budak ni...

.
ROZALIYA ditenangkan oleh Mat Lazim sewaktu dibawa pulang ke IPD Kuantan dari Kuala Lumpur malam tadi.


KUANTAN – Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.

Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang.

Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan membawanya pulang ke Kuantan malam tadi.

Rozaliya memberitahu Kosmo!: “Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.’’

Gadis yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu kini mahu menenangkan fikiran dan tidak berhasrat memikirkan mengenai majlis perkahwinannya yang telah sedia diatur pada 12 November ini.

“Kalau diberi peluang jumpa tunang pun saya tidak mahu.

Hati saya sudah tertutup,’’ katanya.

Rozaliya mengakui perhubungannya dengan Mohd. Helmi begitu singkat dan terburu-buru.

“Saya hanya kenal dia kira-kira empat bulan dan terus bertunang sebelum merancang untuk berkahwin,’’ katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan malam tadi memberitahu, ketika ditemui, Rozaliya tidak lari sebaliknya bersetuju untuk dibawa pulang.

“Kes ini tiada unsur jenayah dan kepada kami, siasatan telah selesai,’’ ujarnya.

Ditanya kaitan dua khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Mohd. Helmi pada hari kehilangan Rozaliya yang berbunyi: ‘Ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’: beliau menjelaskan, ia mungkin rekaan gadis itu.

Katanya, Rozaliya sendiri mengaku menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur seorang diri pada hari kejadian.

Isnin lalu, akhbar melaporkan kehilangan Rozaliya semasa keluar membeli barang keperluan perkahwinan di Kuantan pada 13 Oktober.

Sementara itu, bapa mangsa, Mat Lazim Mat Ismail, 52, lega melihat anaknya selamat dan akan berbincang dengan keluarga bagi menentukan sama ada perkahwinan yang dirancang pada 12 November ini akan diteruskan.

Menurut Mat Lazim, Rozaliya mengenali Mohd. Helmi selama empat bulan sebelum mengikat tali pertunangan selama setahun.

“Bagaimanapun, selepas Rozaliya mengenali hati budi Helmi, dia sudah berubah sikap,’’ jelasnya.

Mat Lazim mendakwa, sikap Helmi yang pemarah, mengongkong dan sukar diajak ke mana-mana tidak disenangi oleh anaknya itu. - sumber kosmo

Ish..ish... ish.... budak ni......mereka-reka cerita rupanya . . . buat malu orang kampung betul la....