Followers

Selasa, 30 November 2010

Vunguk Punya Jaga

Ditinju sebelum bersalin

Oleh Sharifah Zulaikha Syed Amali
am@hmetro.com.my

MUAR: Penderitaan seorang wanita yang hampir melahirkan anak bertambah parah apabila perutnya ditumbuk berkali-kali oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, mangsa yang berumur 26 tahun dihantar suaminya ke hospital itu selepas mengadu sakit perut mahu melahirkan anak.

Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Choon Guan yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa dipercayai ditumbuk suspek di dalam lif pusat perubatan berkenaan.

“Ketika kejadian, suami mangsa meletakkan kenderaan di petak parkir, manakala suspek membantu menolak mangsa menggunakan kerusi roda ke wad bersalin.

“Ketika berada di dalam lif, mangsa ditumbuk di perut beberapa kali, sebelum dia dihantar ke wad bersalin,” katanya.

Mangsa yang terkejut dan berada dalam kesakitan akibat tindakan tidak berperikemanusiaan pengawal keselamatan itu kemudiannya memaklumkan kejadian kepada suaminya yang berumur 33 tahun, sebelum suami mangsa membuat laporan polis berkaitan insiden terbabit.

Menurut beliau, polis kemudiannya menahan pengawal keselamatan terbabit untuk membantu siasatan.

“Kami merujuk suspek ke Wad Psikiatri HPSF dan dia dipercayai mempunyai masalah mental.

“Siasatan awal mendapati suspek baru dua bulan bekerja di syarikat kawalan keselamatan di HPSF,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Jurucakap HPSF pula memaklumkan bahawa mangsa selamat melahirkan bayinya tidak lama selepas kejadian dan kedua-duanya kini berada dalam keadaan sihat - metro

Vungok tul jaga tu . Apa salah orang tu..dah lah sakit nak bersalin ....ko pegi tumbuk lak perut dia...apa masalah jaga nih..takleh tengok perut besar ke ?

love *Tinie*

Dua Nita yang berbeza

Jeles tengok pinggang Ahkak Nita yang ramping .
gambar pinjam kat budiey


Aku lebih suka Ahkak Nita dari Nita bawah ni...



makin menyeksi plak dia sejak clash ngan Zahid


love *Tinie*

Isnin, 29 November 2010

Mama ku semasa berumur 11 tahun

mama ku yang sebelah kiri korang

beberapa hari lepas aku telah di-tag oleh bapa saudara aku kat fb . Dia tag gambar my mom masa darjah 5 ( tahun 1966 ) . wowowowo... gambar yang tak pernah aku tengok .. very - very nostalgia lah..
adik aku kata muka aku mirip mama ... ye ke... ada la kot... nanti aku letak gambar aku masa darjah 4 ek ( tu je yg ada )...


love *Tinie*

pegi kenduri kawin

semalam ada jemputan kenduri kawin .. tak jauh pun ...dalam kuarters ni jugak ... kenduri kawin anak lelaki sm aku ....buat kat dewan ... kaler tema nya serba merah you ...

ada sangkar burung sepanjang laluan red karpet.
Tapi burung takde , yang ada bola
pelamin dan meja makan beradap


pengantin dah datang

serba merah

laju woo pengantin ni jalan ...
bersanding ..

Itu je citer semalam , aktiviti lain , mcm biasa , kemas rumah , lipat kain , blogwalking dan tido ..


love *Tinie*

Jumaat, 26 November 2010

walaupun citer tahun lepas , tapi nak citer jugak

Jeles aku tengok kengkawan blogger wat n3 raya korban . Aku pun nak wat jugak lah... walaupun ini citer raya haji tahun lepas tapi aku tetttaappp nak citer jugak ...ye la...tahun lepas aku mana ada blog ... kira aci la...kan kan kan ?

1st pic ..my lovely abah tgh amik air..

lombu paling besar ...masa ni ada 5 ekor lembu yang nak dikorbankan
dan aku ada ambik bahagian untuk Amsyar , tapi bukan lembu ni , aku ambik
bahagian lembu kecik sket . Ni lembu no 1 , aku ambik lembu no 4 .

siap sedia untuk ditumbangkan



standby nak sembelih..tp aku tak letak la
gambar semasa dan selepas sembelih , kang
ada yang pitam kang ..

lembu no 4 yang dah selamat dikorbankan

angkut kat tempat melapah




suasana kat tempat melapah



kepala lembu yang jadi rebutan

macam tu la lebih kurang suasana hari raya korban kat negeri terengganu . Insyaallah tahun depan aku nak wat korban lagi , mungkin kat kelantan plak .


love *Tinie*

Khamis, 25 November 2010

pedas tapi best


2 3 hari ni tabiat makan aku pelik sket ... takde la pelik mana pun ..bukan makan ikot hidung ke .. makan sambil mendongak ke ... tapi lain la dari kebiasaan aku ... nak nak bila dah pregnant nih

tengok nasi ngan lauk ni biasa je , daging masak lomak
cili api ngan sayur petola masak air ( beli je , tak sempat masak )
tapi yang buat aku berselera makan adalah

.

.

.

.

.

cili padi heheheh .. sebelum pregnant takde lak style makan camni ,
tapi sejak dua menjak pregnant ni , kalo makan nasi mesti nak kena ada cili padi ,
kalo tak nasi tu akan rasa payau jer walaupun lauk dia best ... asben aku pun naik
heran tengok aku makan nasi ngan cili padi ... ala... sekejap je kot... pas beranak nanti
balik asal balik la tu... takpun 2,3 bulan jer pastu jemu ...

love *Tinie*

Kek Lapis Sarawak

Kat tmpat kerja aku ni ramai orang Sarawak . Tiap2 tahun diorang akan balik sarawak guna tiket free . Biasanya hujung2 thn mcm ni ramai la yg balik . Bila dah balik tu diorang mesti tak lupa nak bagi buah tangan kat aku ( aku je tau , orang lain kat opis nih tak dapat miahaha ) antaranya kek lapis sarawak ngan ikan terubuk masin .

kek lapis ni dapat 2 hari lepas

tak tau plak apa nama kek lapis ni , kek lapis
pelangi kot , sebab kaler warna warni ( memandai je aku )

potong,,potong

budak ni ngap dulu

memang feveret dia lah kek lapis ni .
dan2 tu jugak abis kek lapis tu , huhuh
aku makan 2 keping je , yang lain pak ngan anak bedal

love *Tinie*

Teman setia

Sekarang mende2 ni la yang jadi peneman aku kat opis setiap hari . Kalo takde ni boleh muntah2 aku . Tak kisah lah jenis apa pun , janji masam2..


love *Tinie*

Selasa, 23 November 2010

appoinment ngan doktor

Hari ni aku ada appoinment ngan dokter kat klinik pulau indah . Patutnya kul 9 aku nyer appoinment tu , tp kul 10.30 baru la aku hegeh2 sampai kat klinik .

no. 1093 . masa tu baru no 1056 , tp aku
tak kisah sebab aku cuma nak jumpa doktor je .


tak ramai pun , cuma agak kelam kabut sket ,

Dalam kul 11 aku dapat jumpa doktor . Dia just tgk2 buku , catit2 sket apa yg patut , cek mata , leher ngan belakang . Dan ada berita sedih , ini adalah my last pregnancy ..lepas ni aku kena ikat . takleh ngandung dah ...kalo nak ngandung gak , risiko aku kena tanggung sendiri.... sedih...

my next checkup 20/12.. nak scan pun takleh lagi sbb awal lagi ... tunggu je la.
love *Tinie*

Isnin, 22 November 2010

kena marah

Semalam kena marah ngan asben ..huhuu ...sebab aku tak makan ubat yang misi kasi masa checkup hari tu ... bukan saja tak mo makan ... tapi lupa la... lagi aku bagi alasan ..lagi aku kena marah...uwaaa tsk tsk ...

ye la....ye la... hari ni dah makan...bluwekkk

love *Tinie*

Jumaat, 19 November 2010

alhamdulillah...ada jugak ..

hehheheh suka suka suka... walaupun bukan no 1 tapi termasuk jugak dalam kategori dapat hadiah kan ? Thanks to Jemah aka Virupadu sebab anjurkan contest Top 10 members . Masa awal2 aku join contest ni aku berada dikedudukan ke 4 atau ke 5 ..tapi 1 hari sebelum tarikh tutup contest..tiba2 lak aku jatuh ke no 9 . Takpe lah..takde rezeki untuk dapat tempat teratas ..janji aku masuk dalam top 10 .


Lepas tu aku join Lucky Draw Anak Ayah anjuran adyshariz , dan aku dapat tempat ke 11 ..weeehooo...seronot....seronot..... tq tq....tak sabar nak tunggu hadiah nya sampai ...

Lepas ni nak join contest sapa lak ek ? Sapa ada contest yang senang2 bagitau la ek... kalo yang susah2 yang perlukan aku perah keringat ngan otak aku tak join la kot....tapi kalo yg senang2 , setakat letak banner kat sidebar ngan citer serba sedikit pasal blog anda , boleh jer...

love *Tinie*

1st checkup

Semalam memang aku sangat-sangat bizi... dari pagi sampai ke petang ..tapi semalam jugak aku ambik kesempatan keluar sekejap ke klinik untuk buat buku pink... Dalam pukul 11 pagi aku keluar . Kali ni aku buat buku kat Klinik Pulau Indah . Sebelum ni kat Klinik Pelabuhan Klang . Tapi sebab aku dah pindah rumah . Maka tempat checkup pun berpindah jugak . Best jugak pindah klinik sini . Orang tak ramai . Masa aku sampai kul 11 lebih tadi , klinik lengang ..disebabkan itu aku dapat layanan vip oleh misi2 yang murah dengan senyuman :)

Dah 3 buku pink aku , yg kanan tu yg latest

Kalau ikut buku ni aku dah pregnant 10 minggu dan due date aku 15.06.2011 . Dan disebabkan dua anak aku sebelum ni lahir secara ikut tingkap ( LSCS ) maka confirm kali ni aku akan bukak tingkap lagi . Nak wat camne ...janji anak aku selamat .

Disebabkan doktor kat Klinik Pulau Indah ni datang seminggu sekali je. Maka aku kena datang untuk jumpa doktor pada 23/11 ni dan checkup yang seterusnya plak pada 20.12.2011.

ok itu je untuk 1st checkup...
love *Tinie*

Khamis, 18 November 2010

SUPER DUPER BIZI

hari ni adalah hari paling super duper bizi bagi aku .... tak sempat langsung nak bukak blog ngan blogwalking ... tgk lah , malam-malam karang aku update ekk


love *Tinie*

Selasa, 16 November 2010

SALAM AIDIL ADHA

Dikesempatan ini aku dan family nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua bloggers yang bakal menyambutnya esok .. Kepada yang plan nak balik petang ni , hati-hati dijalanraya . Kepada yang tak balik bercuti macam aku , sama-samalah kita menyambutnya di perantauan .

Huhuhu..nak balik..... :(

love *Tinie*

ROZITA CHE WAN TAMAK !

Menyampah aku tau ...tamak tul Mak Jan sorang ni ...

ko nak kat Shahir ke

ko nak kat Zain nih ? gosip kat beautifulnara

love *Tinie*

mata bengkak

mata belah kiri tu bengkak ..dlm pic tak nampak sangat



bangun pagi tadi tiba2 rasa mata sebelah kiri sakit . Tengok kat cermin mata dah bengkak , mcm kena gigit semut ..aiyoh....kat tilam aku ada semut ke ? sakit nya...tapi kena gi keja gak ... harap2 sakit mata ni bukan yang jenis berjangkit kat orang tu .

love *Tinie*

Ahad, 14 November 2010

Tuanku Siti Aishah & Pakcik Seekers ...ye ke ni ?

Terbaca kat blog rotikaya & blog pakcik seekers nih .. tak tau nak cakap apa.... kenapa tiba-tiba pakcik ni dedahkan kisah cinta syyyhh dia dengan bekas permaisuri Siti Aishah kepada umum ? Cerita dia ni nak tunjuk macam Tuanku Siti Aishah ni yang tergila-gilakan dia ...siap bagi tau tuanku cium tangan dan pipi dia depan umum ..ish ish..ish...

Tak tau lah aku nak cakap apa... cuma sedikit kecewa.. aku cukup salute dengan Tuanku Siti Aishah ni dulu ..sekarang ? hmmm ....






love *Tinie*

Sabtu, 13 November 2010

Jamuan Tabika Amsyar

Malam semalam dapat undangan ke jamuan di tabika Amsyar . Aku pegi dengan Amsyar & Ecah je , ayah diorang tak ikut sebab ada keja . Aku ingatkan jamuan biasa-biasa je , rupanya ada persembahan dari anak2 murid tabika tu . Amsyar pun masuk gak tau . kali ni dia dah tak macam kayu dah ..

cikgu sedang memberi ucapan

acara persembahan bermula

tu dia..anak rimau dah masuk

adeh..tak sakit ke pijak ekor tu

bunga yang happy

ini acara lain , tarian dari budak 6 tahun


ni je yang boleh aku share ..gambar yang lain adalah tak cantik ..blur . tak suka betul ngan kamera ni , tak leh gegar sket , mesti blur.. lastly..aku nak share video tarian budak2 ni . enjoy...

video

love *Tinie*