Followers

Sabtu, 25 Disember 2010

IBU TERKEJUT ADA JANTAN DALAM BILIK ANAK

Dua beradik peluk kekasih
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.


Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.

Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.


Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya. sumber harianmetro


NI KES BAWAK MASUK BOIPREN SENYAP2 LA NI.....




love *Tinie*

Selasa, 21 Disember 2010

aku majuk ngan Nuff atau Nuff majuk ngan aku ?

Dah 3 minggu aku dok perati kat blog aku nih.... satu benda yang aku amat2 perasan dan sedar ... naper nuffnang adv macam berat nak menyinggah kat blog aku ? aku tengok blog orang lain meriah betul ngan macam-macam adv.... BE apatah lagi.... tapi blog aku ...?? Naper ekk ? Nuffnang tak suka blog aku eh ? Almaklumlah....lately aku ni pemalas piang nak update blog...Nuffnang pun malas nak bagi adv. kat aku ek..??

nampak tu , yang aku bulatkan tu ?
dok lagu tu la hari2 ..

sidebar pun sama :(

sini pun :(


huhuhuh sedeyyyyyy....dah la hari ni aku jadi orang bodoh.... Tengok blog sendiri pun rasa macam bodoh jugak...huaaaaaaa !!!!!!

love *Tinie*

Isnin, 20 Disember 2010

2nd checkup

Harini aku cuti . Banyak mende nak diuruskan . Mula2 checkup ... Gi Klinik dalam kul 11 pagi . Aku bajet orang ramai giler . Tapi alhamdulillah... sampai2 tu..lengang je.... so , ambik nombor , klip kat buku , letak kat kaunter...dalam 5 minit ..dah panggil...best la klinik p.indah ni...

so result aku hari ni berbanding bulan lepas ...

18.11.2010 ==> alb - nil
gula - nil
hb - 12.5
berat- 63.1
t.darah-110/70

20.12.2010 ==> alb-nil
gula - B
hb - 13.4
berat - 62.8
t.darah - 110/70


Berat aku turun sket ..nak wat camne...makan tak lalu , demam , batuk , loya , muntah ....hrmmm sabar je lah... Next checkup - 12/01/2011

love *Tinie*

Isnin, 13 Disember 2010

Jalan-Jalan di Genting Highlands

Plan untuk ke Genting adalah plan tetiba......memang plan hari Ahad ( semalam ) nak bawak anak2 sedara jenjalan , tapi blur tak tau nak gi mana ... ingat nak bawak gi jom heboh , tapi asben tak sanggup nak redah jam . Nak bawak gi zoo , anak2 sedara ni plak takmo....last2 ikut cakap Amsyar ..gi naik keta kabel....genting la tuu..

muka budak ngantuk.

Keluar dari rumah dah pukul 11.30 pagi... duk melilau isi minyak keta , isi air radiator , redah jam kat h/way Kesas .. sampai kat bawah genting dah pukul 1.30 ptg . Nak naik sampai puncak genting ngan keta tu memang takkk la.... so , plan park keta kat genting skyway , naik keta kabel. Tapi nak sampai ke sana tu memang banyak dugaan la....



cik wira ku yang dah ternganga .....tempreture naik lorr

mujur ada abang pomen yang kebetulan tgh repair keta ,
dia la yang tolong tengokkan

hah, korang punya pasal la ..nak naik genting sangat

melangut la tepi jalan tu , sementara tunggu tempreture turun


keta2 yang rosak ..


aku ngan ecah rilek je....

Sampai kat Genting Sky dah pukul 3 petang .. beratur la pulak.... hari minggu biasa la... memang ramai la yang nak naik skyway tu ..

beratur la korang ..

lagi 10 minit pukul 4 baru dapat naik skyway

sampai sana ..perghhhh sejuk giler..... berasap hidung aku , sib baik aku ngan anak2 ada bawak sweater siap2 , asbenaku plak jenis banyak lemak , tak kisah ... yang kesiannya anak2 sedara .. diorang sebenarnya x tau kitaorang nak bawak gi genting . diorang takde la bawak baju sejuk ke , pakai bajulengan panjang ke....apa lagi..menggigil2 la...hahahha . Sampai sana tak bawak la diorang masuk kat outdoor tu ... pulus takde beb ... dah nama plan mengejut kan... tengah2 bulan ko naik sana. time poket tengah kering .... jenjalan je la.... pegi kat indoor..pusing2 kejap pastu pukul 8 malam ...balik...

beratur lagi kat skyway..

hero2 + heroin kecik...


love *Tinie*

Jumaat, 10 Disember 2010

mood..oh mood..

Salam...

mood aku untuk berblogging adalah kelaoooottttttttttt.........
fb pun aku tak kisah....asben aku je selalu bukak fb aku sebab main game..
baru pregnant 3 bulan dah malassss.....

adehhhhhh

love *Tinie*

Rabu, 8 Disember 2010

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah dan selamat tahun baru 1432H kepada semua ...walaupun terlambat sket , tapi nak ucapkan jugak...

Lama tak update blog...keadaan kesihatan tak mengizinkan... aku dah mula pening2 , loya2, muntah2 campur plak batuk yang teruk sampai terkucil...terpaksa pakai pad..teruk plak pregnant kali ni ...

okeh...nanti aku update lagi....kalo keadaan kesihatan aku memuaskan ek...

babai...love u'olssss

love *Tinie*

Jumaat, 3 Disember 2010

Noryn Aziz pun dah bertudung

sejak jadi isteri RB ni , Noryn Aziz dah ubah penampilan . Dah bertudung , walaupun ala-ala Tokti , tapi kira bertudung jugak le....





Alhamdulillah... semoga RB akan terus membimbing Noryn Aziz ke arah yang betul...

love *Tinie*

Khamis, 2 Disember 2010

Hadiah itu sudah sampai

Petang semalam tengah berbzbee buat kerja , tiba2 ada abang pos laju datang datang bawak banyak bungkusan . Mula-mula aku tak kisah sangat ..biasa la abang pos laju ni datang opis , dah kerja dia ngantor surat kan .


Tapi tiba2 hari ni dia datang kat aku serah bungkusan ni .
Aik ..siapa lak hantar ni , tapi setelah dilihat nama pada
slip poslaju tu , terus ..yippie !!!!!


hadiah contest dari Zaimah Noh aka Viruspadu
shuke , shuke ,shuke....

ni la hadiah nya ..shawl yang colourful ...

ada name card dari vp


dan aku dah pun merasmikan shawl tu..
style tu jer yang aku reti huuhu...
mak tak reti nak belit2 shawl ni...

anyway...thanks VP...lepas ni buat la contest lagi ekk


love *Tinie*

Rabu, 1 Disember 2010

Bonus....Bonus.....

hari ni hari yang paling mengembirakan buat staf gomen termasuk aku....sebab bonus dah masuk....wehoooooooooooo

mau tak seronok.... bulan lepas kan gaji awal....aku tau ramai yang dah sesak nafas , sesak poket , sesak kepala otak seme kan ....makanya...bila bonus dah masuk tu , Alhamdulillah..lega la sket kan... walaupun RM 500 je

Tapi aku tak amik pun lagi bonus tu , bukan apa....kalo cepat aku korek , cepat la abisnya .. biau dia dok dalam bank diam-diam....

love *Tinie*