Followers

Khamis, 15 Disember 2011

Ning & Nisa

Tengok la gelagat Ning ngan Nisa ni ... si Ning duduk bawah meja ,
Nisa geram kat dia terus mengesot masuk bawah meja ..

Nisa masuk bawah meja , Ning lari naik atas meja
pastu mula la makcik yang duk bawah meja melilau-lilau
nak keluar tak reti , duk la diam2 bawah meja tu

Rabu, 14 Disember 2011

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)


Borang permohonan bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M ) dah boleh didownload melalui laman web Perbendaharaan Malaysia  . Sapa yang rasa layak boleh lah isi borang tu dan hantar ke mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri atau sekolah-sekolah terpilih . Jangan lupa fotostat slip gaji dan lampirkan sekali dengan borang tu.


love *Tinie*

Introducing...Ning Baizura

hak ... hak....hak... mana plak Ning Baizura .... Ni ha...nak perkenalkan , family baru kami .... KUNING ( ntah hape-hape laki aku bagi nama )


Hensem tak ? Sebenarnya kucing ni aku tak beli atau kutip kat mana-mana . Ada la..budak-budak datang umah aku bawak dia ni....diorang kata jumpa kat bawah ... dan kebetulan memang aku tengah cari kucing untuk dibela... apalagi ..aku terima je la... cantik kucing ni ..corak pada badan dia lain...macam kucing hutan ada macam kucing bengal pun ada ....dan aku rasa kucing ni ada tuannya sebab bersih dan yang penting he's toilet train . Buat sementara ni aku bela dulu...sehingga ada orang datang tuntut ..kalo takde gak..maknanya , dia jadi hak aku .

tak senonoh tido...


love *Tinie*

WORDLESS WEDNESDAY ( NISA )


Wordless wednesday ...N3 ni penuh gambar Nisa je .. just gambar ...no citer-citer... kalo korang nak muntah , sila muntah jauh-jauh ...hahahahaha
bukan harijadi saya

shukenya dierrr

Ecah N Nisa
alololo soooo sweeettt

Ngan abang
( muka adik lagi besor dr muka abang )

kena buli


with kakak

muka garang

kena buli ngan abang lagi

yang ni apak eh punya kojer

baru leh feel tenang sket
 love *Tinie*

Selasa, 13 Disember 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ( SBPA)



Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ( SBPA )    dibawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11/2011 bagi Kakitangan Awam , Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13/2011 bagi Guru dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14/2011 bagi Polis Di Raja Malaysia .

Sistem ni akan berkuatkuasa pada 01-01-2012 . Struktur baru Sistem SBPA terbahagi kepada 4 kumpulan iaitu :
       - Premier ( KSU ,KPPA,KPN dan jawatan tertinggi yang lain )
       - Pengurusan Tertinggi ( JUSA )
       - Pengurusan Profesional
       - Pelaksana ( dahulu dikenali sebagai kumpulan sokongan )

Antara penambahbaikan sistem ini ialah :-
       - Penjawat awam yang baru dilantik boleh disahkan jawatan seawal 6 bulan perkhidmatan   
         sekiranya memenuhi syarat ;

      - penjawat awam yang berminat untuk bekerja di luar perkhidmatan awam boleh memohon
         pelepasan jawatan dan sekiranya ingin kembali ke dalam perkhidmatan awam boleh berbuat
        demikian TETAPI ganjaran pencen hanya akan mengambilkira sepanjang tempoh dalam
        perkhidmatan awam sahaja .

      - pelarasan gaji akan dikaji setiap 3 tahun manakala elaun/kemudahan terkini akan dikaji 
       dalam  tahun 2012

Dibawah sistem SBPA ini juga umur persaraan dilanjutkan dari 55/56/58 ke 60 tahun . Kebaikan dalam opsyen pencen ini :-

    - Penjawat awam yang memohon bersara awal sebelum umur 60 tahun layak dibayar ganjaran  
      pada umur 55 tahun .
   - Penjawat awam yang terpaksa dibersarakan kerana masalah kesihatan atau sebab kemalangan
      semasa bertugas pada usia lebih awal tetapi telah menunjukkan pretasi kerja yang cemerlang
     akan dikira ganjaran pencen hingga umur 60 tahun .


Yang lain boleh rujuk dekat laman web agensi masing-masing . Jadual gaji ke , sifir pemindahan gaji ke atau tak faham ke , semua tu boleh rujuk kat laman web agensi masing -masing atau terus  ke laman web JPA . Lebih baik korang baca dan fahamkan sendiri . jangan nak dengar hasutan orang .

Macam aku , semalam aku dah pergi dengar taklimat sistem SBPA untuk PDRM . Aku takleh nak dedahkan apa-apa tau nak komen apa-apa... sebab ... pergi-pergi je masuk dewan taklimat , aku bantai tido ..boleh ????


love *Tinie*

Isnin, 5 Disember 2011

Feeling Yuna





Baru nak fefeeling macam Yuna sekali laki aku cakap aku mcm bunga mataharame zombie

Nak tau mcm mana rupa bunga matahari tu ..

tengok bawah

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.








grrrrrrrrrrrr


love *Tinie*

Khamis, 1 Disember 2011

Anisa genap 6 bulan


29 hb November 2011 , genap umur Nisa 6 Bulan ... makin banyak kerenah dan ragamnya . Makin mengada-ngada ... ishhhh gerammmm


Apa pun ibu tetap sayang  anak-anak ibu ..

love *Tinie*

Isnin, 31 Oktober 2011

Nisa dah mintak adik .

Salam Isnin...

Semoga ceria dipagi Isnin ni...walaupun ada yang moody .
untuk ceriakan hari korang , tatap lah gelagat nisa ni
haiyaaaaa..takkan nak mintak adik kotttt

love *Tinie*

Rabu, 19 Oktober 2011

wordless wednesday


Letihnya.....

Edit : aiyak ..baru perasan tarikh kat gambo tu tahun 2015..sila abaikan ekk
love *Tinie*

Isnin, 17 Oktober 2011

Perkembangan Nisa

budak mata boolat
Salam Isnin uollsss

Hari ni takde kena monday blues ..tapi kepala sakit plak... so tak dapat nak wat n3 panjang-panjang...
cuma nak citer , haritu kan aku bgtau Nisa demam...alhamdulillah...kejap je demamnya ... demam nak tumbuh gigi kot...sebab skang ni dia suka nau menggigit.. nak nak lagi kalo masa bf...ada ke dia pi gigit pastu dia tarik n****e aku...tak pasal2 kena babab montot...

satu lagi perkembangan dia...dah boleh capai satu2 barang ...kalo sebelum ni kita kena letak barang tu kat tangan dia baru dia leh pegang , tp skang ni kita cuma tunjuk je benda2  depan dia , dia leh hulur tangan amik barang tu...

banyak lagi aku nak share tentang Nisa ..tp ..later lah ye...kepala aku berdenyut gila nih ..

bye


* edit : baru perasan aku tak letak tajuk ....
love *Tinie*

Jumaat, 14 Oktober 2011

Nisa demam lagi

Nisa Cayang

Nisa demam lagi :(
semalam badan panas ...
takleh tido...
merengek rengek
cian Nisa...
Nak senyum pun malas...
Ibu , Ayah , Abang dan Kakak doakan Nisa
Semoga cepat sembuh  sayang

love *Tinie*

Khamis, 6 Oktober 2011

Ustazah Pilihan


Assalamualaikum....
Nama saya Ustazah Annisa...hik hik hik
Saya nak join Ustazah Pilihan leh tak hik hik ahukkk

love *Tinie*

Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Tabika Baitul Widad


Ini adalah n3 tertunggak ....lama betul peram dalam draf...nak wat camne kemalasan melanda dan masalah masalah lain . ( alasannnn )

Ini adalah masa tabika anak2 aku wat jamuan untuk sambutan hari kemerdekaan dan hari raya . Lupa plak bila tarikhnya. yang aku ingat hari jumaat.  Simple je sambutannya . cuma buat pertandingan mewarna untuk anak - anak tabika sempena hari kemerdekaan . Dan untuk hari raya plak buat makan-makan sket. Menu hari tu mee kari , kuih-kuih , buah tembikai ngan air . Seterusnya baca kapsyen je la ye..


cikgu tgh bagi ucapan. muda cikgu nya baru 22 thn
yang duduk tu pengerusi tabika ngan penaung ( yg meriba baby )

photog tak berbayar 


alamak kantoi ibu nya yang kalerkan

takde...takde...mana ada ...I tulun tunjuk cara mengaler jewww
si abang.... orang last siap mengaler...dapat no 3

hadiah untuk pertandingan mewarna

hensem kan budak ni...baru 4 tahun tapi macam 6 tahun
nama dia Aniq

Juri profesional tgh buat penilaian
heheeh .takde la...itu ayah 3 beradik baju pink tu

tengok...tengokkkk...ada kakak tolong kaler tak aci tauuu

para ibu ngan cikgu ..yang belah kiri tu
isteri big boss , cikgu jugak

Ecah ngan kawannya..Syifa
dah jadi mcm anak aku jugak.sbb dia panggil aku mama

Abang dapat no 3 , adik dapat saguhati .
adil la tu


takmo lepas hadiahnya
 
duit raya pun dapat tuuu


ok...see u nexttttt n3...

love *Tinie*

Rabu, 28 September 2011

wordless wednesday

shayer dah shihat :)
Dah petang baru nak wordless wednesday  :p

love *Tinie*

Selasa, 27 September 2011

Nuffnang lagi


 Alhamdulillah...

TQ Nuffnang......walaupun hamba jarang... jarang...kadang.. kadang ( baca macam nujum pak belalang ) tapi tuan hamba masih sudi memberi hamba BE... menjunjung kasih tuan hamba....

hak hak .....

love *Tinie*

maafkan ku

Assalamualaikum...

erkkk....
punyala lama aku tak update blog....
bukan apa...kekangan masa yang tak mengizinkan...chewah.....
tapi betul...
dengan anak-anak seme demam , dengan keja opis yang tak pernah habis , keja umah lagi
ingat nak update kat umah...
tapi tak tahu kenapa pc kat umah tu problem , asal aku nak sign-in blog je terus error
pc opis plak lembab.... langsung tak leh online asyik error je
ni kebetulan line ok.. leh aku taip laju laju pastu send laju laju...
aku nak try update n3 lain secara laju laju ..tunggguuuuuu

love *Tinie*

Selasa, 20 September 2011

Nisa demam


Nisa : uuuuuuuuu shaye demammm...batuk...sheme-sheme....sebab tu ibu shaye takleh update blog..uuuuuuu

love *Tinie*

Jumaat, 9 September 2011

Citer Rayaku

Assalamualaikum....

Selamat Hari Raya korang ..huhuhu...dah lebih 10 hari raya baru hegeh hegeh nak update...macam sipuit seduitt da... nak buat camne...kemalasan yang hamat sangat ...
malas nak mengarang ..tp kat fb aku ada upload gamba sikit2 .

Tema baju raya ada pakaiajeapeyangada ...
huhuu kami laki bini pakai baju tahun lepas
anak2 je yang berbaju baru .

Tahun ni kami beraya di kampung aku di Ganu sebab adik aku nikah pada raya keempat .
Jadi banyak hari jugak la stay kat Ganu..tapi tengahari raya pertama tu aku lari kejap ke kota bharu beraya kat umah mertua , petang raya kedua balik ke ganu balik . Rasanya takder beraya sangat aku ngan family ...just pegi umah sedara mara yang dekat2 umah je.. mak ayah aku pun tak berapa beriya sangat raya sebab lebih tumpukan pada majlis perkahwinan adik aku. Citer kawin adik aku later2 lah ya...


Lastly , aku tepek gambar Nisa berbaju kurung...
sooooo sweettttt... tq kat adik aku aka cikngah nya
yang sponsor baju raya anak2 sedara dia ...


Ok lah ..sambung next entry plak...
babaiiii

love *Tinie*

Jumaat, 26 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA


Sempena aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi , kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin .
Kepada yang baru nak memulakan perjalanan pulang ke kampung , hati hati dijalan raya .
Insyaallah aku akan bertolak ke Terengganu petang ni . Hari Raya pertama aku beraya di rumah family ku di Terengganu pastu petang raya balik ke Kota Bharu tido sana semalam pastu petang raya ke2 tu balik ganu balik sebab nak tolong2 buat persiapan untuk majlis perkahwinan adik perempuan aku .

Selamat Hari Raya , Maaf Zahi Batin dari Tinie sekeluarga

love *Tinie*

Selasa, 23 Ogos 2011

Happy Besday to Me

Alhamdulillah .. bertambah lg usia ku huhuuh tua dah aku ek....TQ to all yang wish besday kat aku ... mcm biasa tiap kali besday aku mesti bulan pose...makanya xde la seleberet2 nih...tp takpe... wish dr suami , family dan kawan2 dah cukup bg aku ...

love *Tinie*

Rabu, 17 Ogos 2011

Alkisah Cuti Nuzul Quran

Macam biasa kul 7 pagi aku mula berperang ngan Amsyar & Ecah . Diorang ni kalo bab bangun pagi memangggg la susah... lebih lebih lagi Amsyar.. siap mengamuk hempas2 pintu bilik air lagi bila kena kejut ...

Sementara diorang mandi & pakai baju , sempat la aku termenung kat beranda .... pastu rasa tak sedap ...apasal sunyi je ...takde keta / moto lalu lalang .... tapi wat tak peduli lagi ....

Kul 8 anak2 dah siap pakai baju , bawak beg... aku pun turun lenggang mak limah ....still pelik ...takde pun budak2 ngan cikgu ...sampai kat tadika ....ish...pintu berkunci ... hari ni cuti ke ?

Tiba-tiba Amsyar cakap..." ibu , cikgu cakap hari ni cuti satu hari "

what ???? cuti apa ???

terus aku ngan anak2 jalan laju2 balik umah .... sib baik umah ngan tabika dekat ...
sampai rumah on fb ... tgk kat wall , ramai yang ucap selamat bercuti nuzul quran ...
lorrrrr buat penat aku je kejut anak2...dah la kena bergaduh dulu baru bangun ...
ish ish ish.... malu ...malu..... tu la...lama sangat cuti bersalin ... cuti itu je la yang tau nya


tabika anak aku yang sunyi

opis aku yang sunyi jugak.... kalo tak keta/moto
banyak park kat bawah tu

Hmmm takpe lah.... apa pun Selamat Bercuti lah korang seme .....

love *Tinie*

Ahad, 14 Ogos 2011

Kerabu Sarek ? Kerabu Sare ? Kerabu Sarang ?

Bagi orang KL/Selangor mesti tak pernah dengar apa tu Kerabu Sarek aka Kerabu Sare aka Kerabu Sarang ... tapi bagi orang pantai timur tau la apa benda nya ...

Kerabu Sarek/Sare/Sarang ni adalah sejenis makanan yang dibuat dari rumpai laut yang telah dikeringkan ... Kalau orang tengok rupa asal Sarek ni mesti tak lalu makan... tapi bak kata omputeh " Dont judge the book by it's cover " so dont judge this food by it's look hehehhe

Ni la rupa asal Sarek / Rumpai Laut
( macam jala / mop jek )
kena rendam beberapa jam dengan air sejuk atau air masak
takleh rendam ngan air panas nanti jadi agar agar plak


lepas rendam beberapa jam , jadi la ropa ini
kembang dan lembut

beza Sarek sebelum dan selepas

ini pulak bahan bahan yang diperlukan untuk makan
Kerabu Sarek ni .. Sarek , limau nipis , kelapa goreng yg digaul ngan ikan rebus
dan kuah tumis santan .... cara makan...gaul seme sekali kecuali limau nipis tu
diperah atas kerabu tu macam gambar bawah nih ...

pastu makan ngan nasi
gambar kredit google

sila lah try ye...sedap nih ..