Followers

Isnin, 28 Februari 2011

Air Mata Pokok Petai dan kebenarannya


KEPALA BATAS: Penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan ‘menangis’ sehingga air turun seperti hujan sejak tiga hari lalu.Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.Berikutan itu, penduduk kampung berkenaan berpusu-pusu melihat sendiri pokok petai yang dikatakan ‘menangis’, malah sanggup menunggu hingga jam 4 pagi.
Pemilik pokok petai itu, Norhayati Abdul Karim, 38, berkata dia menyedari pokok petai yang ditanam arwah bapanya, Abdul Karim Kassim, mengeluarkan air seperti hujan pada petang Jumaat lalu ketika menjemur pakaian.“Mulanya, saya sangka hujan apabila terkena titisan air. Namun, saya berasa pelik kerana cuaca cerah selain tiada tanda akan hujan.“Selepas beberapa minit berada di bawah pokok, baru saya sedar titisan air itu dari dahan pokok petai dan bukannya hujan,” katanya Menurutnya, ia kali pertama kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian pelik seperti itu, malah tahun ini pokok berkenaan baru mengeluarkan buah.“Bukan penduduk kampung ini saja yang berpusu-pusu datang, malah penduduk beberapa kampung berhampiran turut datang untuk melihat sendiri pokok petai ‘menangis’.

“Ramai juga mengambil air yang ditadah dan meminumnya,” katanya.Penduduk, Sopian Ahmad, 40, berkata, baju dipakainya basah selepas berada di bawah pokok petai itu beberapa minit.
“Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat,” katanya.

Padahal itu air kencing serangga riang-riang.....aduiyai...sampai ada yang sanggup minum tu...apa perasaan diorang bila tau itu air apa sebenarnya ..


macam ni kot ..

love *Tinie*

Khamis, 24 Februari 2011

checkup lagi

Hari ni aku checkup lagi...

result untuk hari ni

alb : Trace ( terlebih protein )
gula : B
hb: -
Berat : 63.7 ( naik 1.2 kg )
bp : 110/70

dalam masa 2 minggu berat aku naik 1.2 kg... sib baik misi tak marah...ye le ..2 minggu lepas berat aku turun sbb aku batuk ngan muntah2 . Alhamdulillah kali ni batuk aku dah ok dan dah tak muntah2 tu yang selera makan bertambah2 tu ..

Yang tak best nya berat aku naik ..urine aku plak tak elok ..kotor sket.. katanya terlebih protein...ai...protein banyak pun takleh...akibatnya minggu depan aku kena repeat urine dan sekali ngan minum air gula...ayooo pin pin pon pon .....bab yang aku tak suka dah sampai ...
Hhmmm apa2 hal pun tengok la minggu depan camna ...harap2 semuanya ok...

Yang best plak..masa misi cek-cek perut aku tadi..dia puji perut aku cantik...cantik ker ??? muahahahaha...dia tanya aku, ini anak ke berapa , aku cakap la yang ke tiga... oooo ketiga...cantik perut ...ada pakai apa2 ke... erkkk pakai apa ? ye la. ..cantik ..licin....takde parut... strechmark.... saya pernah cek perut orang lain... teruk...banyak parut strechtmark kat perut dia..takut saya tengok.... oooo strechtmark.... entahla misi....saya pun takde plak pakai apa-apa cuma yang penting kena jaga dan jangan garu2 perut tu ..ceaaa..riaknya aku... hahhaha siyes..aku tak pakai apa2 pun kat perut ni..krim ke , losyen ke.. memang aku takde pakai...

oh ya hari ni aku kena inject untuk cegah kancing gigi.....huhuu sakit...sampai sekarang rasa lenguh2 lagi tangan ni ..

love *Tinie*

Selasa, 22 Februari 2011

Rabu, 16 Februari 2011

I Miss My Cayang

Sejak minggu lepas asben aku dah berhijrah ke Johor sebab dpt offer keja kat Tanjung Pelepas . Alhamdulillah...rezeki dia di sana ...tp yang tak bestnya kena tinggal la aku anak beranak kat Port Klang ni , dahla tengah pregnat huhuuh sedihnya ..tsk tsk....

Skang ni aku tengah buat permohonan untuk transfer ke Johor , aku mintak kat Nusajaya . Harap-harap permohonan aku ni diluluskan .

Buat sementara ni Asben aku pergi sana dulu .. dia akan stay di hostel sambil2 cari rumah sewa . Maybe kalo permohonan tukar aku diluluskan , aku akan dapat kuarters . Tapi bila fikir2 kali ni nak duk umah luar la plak..dah jemu la duk kuarters. Lagipun aku difahamkan sewa kat sana takde la mahal sangat , plus sana banyak umah kampung yang cantik-cantik..

Pepun wat masa ni aku terpaksa berdikari , handle anak2 sendirian , pastu bersalin nanti pun duk kat port klang gak sbb anak2 sekolah, asben mungkin cuti dalam seminggu je . Mak aku takleh datang sbb keja , mak mertua aku lagi la takleh datang sbb dah uzur... hurmmmm ..dugaan tu...

kat Klang Sentral tgh tunggu bas ke Johor . Ecah wat perangai ..


nak manja2 ngan ayah ghupanya...


kiss ayah... Ecah will miss u ayah...ibu pun miss ayah too..
amsyar ? entah...budak ni takde perasaan betul..relek je....

love *Tinie*

Khamis, 10 Februari 2011

22 weeks checkup

Hari ni pegi check perut .. dah 22 minggu

result :

alb : ok
gula : ok
hb : 11.9
berat : 62.5
bp: 110/60
berat turun derrr..........tension aku... nak wat camner...batuk aku ni makin teruk ...makin kerap batuk ngan terkucil ...makan plak asyik muntah je ... camno tu.....

apa nak buat niiii :(



love *Tinie*

Isnin, 7 Februari 2011

kisah minggu lepas

Selamat pagi semua..... ada yang masih bercuti lagi ke ? uoww ..jelesnya... aku baru sampai kul 7.30 pagi tadi dari kelantan , terus masuk keje.... letih nya...

ok lah... time untuk citer kisah minggu lepas .. hari yang membuat aku betul-betul kelam kelibut .... kisahnya ..kul 6.45 pagi, 31/01/2011 aku dapat call dari kakak ipar , bgtau anak dia accident..... anak dia plak stay ngan aku ..dia sekolah kat Pulau Indah nu.... apalagi..terkejut beruk la aku ngan asben... kelam kabut aku laki bini ngan tak mandi nya cuma basuh muka ngan gosok gigi terus angkut anak2 keluar.... dengan blur nya tak tau arah mana nak tuju , samada ke hospital atau ke tempat accident ....

sib baik tak lama lepas tu akak ipar aku tu call dan bgtau anak dia dah dibawa ke hospital.. maka tuju ke HTAR la kami...

citer seterusnya..tengok gambar je la.... sori gambar tunggang terbalik...sepatutnya gambar kat hospital dulu baru kat lokasi accident.... belasah je la...

motor asben...sib baik tak teruk still boleh gerak , cuma handle ,
mudguard , tempat letak kaki ngan yang kecik2 tu bengkok sket

cermin kat meter pecah , siade mirror patah ,
bakul bengkok



sebuah lagi motor yang accident , dinaiki oleh
anak beranak , bahagian depan gak rosak , aku
dapat tau ada 3 buah motor dan 1 kereta yang terlibat .
Kereta tu lari....



ini le anak sedara aku , tak le teruk mana
cuma patah tulang keting je


penat wehhh

Dan hari rabu lepas , anak sedara aku tu dah dihantar balik ke Kelantan untuk buat rawatan kat sana memandangkan lebih dekat dengan family dia . Ye le...aku bukannya reti sangat nak handle orang sakit nih ... lagipun mak dia keja kat klinik , dah biasa ngan orang sakit ni and tak de la segan sangat kalo nak uruskan diri dia , makan minum dia kan... harap2 dia cepat sembuh ..sebab tahun ni dia nak ambik spm , takut tak sempat nak study lak nanti...

love *Tinie*

Rabu, 2 Februari 2011

GONG XI FA CAI

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang merayakannya. Kesempatan cuti 4 hari ni mesti ada yang ambil peluang untuk balik kampung ...termasuk la aku....muahahaha...takde la.... kebetulan asben kena hantar anak sedara yang eksiden tu balik kampung , maka kami pun ambik kesempatan la sekali ....

Kami akan bertolak ke Kelantan tengah malam nanti.... so kepada semua yang nak balik kampung jugak...hati-hati dijalanraya .....

Note : Tak best nak update takde gambo ni.....kabel kamera tertinggal kat opis...hari isnin lah aku update dengan gambar k...

love *Tinie*

Selasa, 1 Februari 2011

Hari Isnin yang kelam kelibut

salam semua....

sori sebab lama tak update.....pc kat ofis dah rosak kena tukar hardisk baru....uwaaaa !!! habis la folder sy yang banyak dan penting dalam tu... laptop kat umah pun rosak...hari sabtu hr tu baru gi amik.....internet plak kena potong....nasib baik ada member wat sewa wifi kat rumah ni ..leh gak sewa seminggu ....

semalam plak hari yang agak kelam kabut sebab anak sedara eksiden masa on d way nak gi sekolah...eksiden 3 buah motor ..tp 1 motor dapat melarikan diri .... motor yang anak sedara guna plak motor asben sebab motor dia pancit ... maka terpaksa la aku amik el 2 hari ...

nanti aku update lagi...ni nak gi hospital jap....

ok bye

love *Tinie*