Followers

Selasa, 29 Mac 2011

Majlis Pertunangan Adik

Cerita yang dah basi..... ni majlis pertunangan satu-satunya adik pempuan aku , Angah. Majlis nya berlangsung masa Chinese New Year ( 4/2/2011 ) . Tapi aku tak dapat hadir pada majlis tu sebab asben tak dapat cuti dan dia tak benarkan aku balik sendiri. Huuhu..xpe la...I taat... Insyaallah majlis pernikahannya akan diadakan selepas Hari Raya Puasa nanti . Ini adalah majlis pernikahan yang ketiga yang bakal dilangsungkan selepas aku dan adik aku yang ketiga. Angah ni adik aku no dua. Tapi disebabkan adik aku yang no 3 tu dah tak leh tahan nak kawin , maka Angah bagi can la kat diorang dulu .
Citer seterusnya..tengok je la gambar ngan caption sket2 tu..


my lovely abah ( baju cekelat ) n my uncle ( baju belang )


antara tetamu yang datang


anak teruna sila duk luar ye.

( yg baju merah terang tu adik bongsu aku )

my uncle ( kemeja putih ) tengah belek apa tu ? apa ek ? aku pun tak tau...ate...aku xde dlm majlis tu , mana aku tau
sesi menyarung cincin dari wakil belah lelaki



Angah with mama n mmm.. aku rasa kakak bakal asben dia


hantaran kedua belah pihak , yang hijau tu confirm

dari adik aku sebab feveret kaler dia , hijo... yang

merah tu dari pihak lelaki ler...


cupcake


cekelat


hmm yang ni dr pihak lelaki ..apa ek...

aku rasa rempah ratus , macam serbuk kunyit ,

garam , gula , asam keping ngan beras...


dari pihak perempuan ( Angah urus sendiri bab hantaran nih )


dari pihak lelaki


Huhuhu...sebenarnya aku jeles gak ngan adik2 aku ni...diorang dapat gak merasa jadi tunang camner , aku dulu takde.... family asben cuma datang meminang & merisik lepas 5 bulan terus nikah ...tapi takpe..jimat duit...


Tak silap aku tema untuk majlis pernikahan Angah ni nanti , kaler purple gak... macam aku ngan adik lelaki aku ...minat betul orang ngan kaler perpel ni ek... tunggu dan lihat je nanti :)


love *Tinie*

Jumaat, 25 Mac 2011

attention seeker....

Attention seeker... tu je yang aku boleh katakan kat mek ni.... kalau betul dia nak bunuh diri , kenapa ambik masa yang lama untuk terjun... siap leh melilau-lilau lagi kat atas tu....nak cari port yang baik untuk terjun ke ...

macam - macam versi berbeza dari aku baca kat paper , baca kat internet , dengar orang citer ... ada yang kata sebab masalah gagal SPM , ada yang kata sebab gaduh ngan family dan boyfren , ada plak yang kata mek ni peknen kan bb pakwe dia... dan aku terbaca kat forum cari kata dia dah meninggal kat spital sebab pendarahan dalaman.... hurmmmm



Nasihat aku kepada remaja , pemuda pemudi , adik-adik diluar sana ..terutama yang pempuan ... guna lah akal yang tuhan bagi tu untuk berfikir ...timbang ... nilai.... atas apa saja perkara yang hendak atau sedang anda lakukan.... bila dah terjadi sesuatu yang tidak baik..tak guna dah kesal atau nak bunuh diri bagai.... menyusahkan orang lain je.... nanti ada yang kata..kecik-kecik tak nak mam*** ..dah besar menyusahkan orang .....


sayang...KB Mall ni cantik ..tapi dah jadi port bunuh diri lak ...
aku baru 2 kali pegi kb mall bila time balik kb... malas nak tempuh jem...


love *Tinie*

Rabu, 23 Mac 2011

Buy 1 Free 1


Hehehehh.... gelak guling-guling aku ( over..tak sedor diri mak buyung ) bila baca kat forumcari
pasal sorang forumer ni kata Rosyam Nor pakai baju kot sejibik ngan kain langsir umah Opah dia .... macam buy 1 free 1 plak ... camne tu ..beli langsir percuma kot ke atau beli kot percuma langsir ? Tak pun kot tu dijahit dari belen kain langsir tu ..hehehehe ..macam-macam hal...


love *Tinie*

Result SPM keluar hari ni

Result SPM keluar hari ni kan ? Bagaimana keputusan adik-adik yang amik SPM tahun lepas ? Siapa yang dapat result cemerlang , tahniah diucapkan . Kepada yang kurang berjaya , jangan putus asa atau kecewa .

Teringat plak aku masa aku amik keputusan SPM dulu . Aku amik SPM tahun 1995 . Masa tu result dinilai mengikut gred dan agregat . Alhamdulillah masa tu aku dapat Gred 1 .Kebanyakan family dan sedara mara aku tak percaya aku leh dapat Gred 1 ... ye le masa tu aku ni boleh diketegori kan jenis yang agak nakal jugak . Study pun malas. Kelas tambahan lagi la aku tak pegi . Nak wat camne ..aku ni anak sulung. Masa tu Ma ngan Abah aku keje . Sebagai kakak sulung aku terpaksa berkorban. Balik je sekolah , aku kena masak , kemas rumah , jaga adik .

Walaupun aku dapat result yang baik dalam SPM tapi aku tak sambung study kat mana-mana U sebab duk fikir kesian kat Ma ngan Abah. Kalo masuk U mesti banyak pakai duit . Jadi aku just sambung tingkatan 6 . Takpelah...belajar kat mana-mana pun sama je . ..boleh gak keje .

Ewah..melalut plak aku ...tu je la sesi mengimbau kenangan kali ni ..tata..heheheh ( kes tak reti nak wat ending )


love *Tinie*

Isnin, 21 Mac 2011

Bonda Tiri Yang di Pertuan Agong Mangkat

Almarhum Tuanku Ampuan Bariah



Yang di-Pertuan Agong


PETALING JAYA: The mother of the Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Sultan Alam Shah has passed away at the Seri Kota Hospital, Klang, Selangor at 1.22am on Monday.

Her remains will be flown back to Kuala Terengganu from the Royal Malaysia Air Force base in Subang at 10am on Monday, said Yang di-Pertuan Agong's senior private secretary Datuk Mohd Zuki Ali in a statement here. - BERNAMA

Al-Fatihah....

sedikit info mengenai almarhumah


Tengku Ampuan Besar Bariah is the first wife to Sultan Mahmud. She was born as Tengku Bariah binti Sultan Hisamuddin Alam Shah at Klang on 31st August 1933. She was married with Sultan Mahmud on 22nd March 1951 and styled as Tengku Puan Muda. She was crowned as Tengku Ampuan Besar on 21st March 1980

kredit untuk Radin's Blog



Berita lain..


21.03.2011, Isnin - Dukacita dimaklumkan bahawa YMM Tengku Ampuan Bariah telah disahkan mangkat pagi tadi lebih kurang jam 01:30hrs di Hospital Seri Kota, Bandar Diraja Kelang, Selangor. Almarhumah mangkat dinegeri kelahirannya sendiri. Patutlah malam tadi Syah tak boleh tidur dan jam 02:45hrs baru Syah terlena, rupa-rupanya ada perkara seperti ini berlaku. Setakat yang Syah tahu, Almarhumah dikatakan menghadiri satu majlis di sebuah hotel malam tadi dan terjatuh ditempat kejadian. Almarhumah mangkat dalam perjalanan ke hospital.

Sekarang jenazah berada di Lapangan Terbang TUDM untuk dihantar ke Kuala Terengganu dan dijangka akan tiba pada jam 10:45hrs. Jenazah akan disemayamkan di Istana Maziah sebelum dimakamkan mengikut adat istiadat diraja Terengganu didalam Makam Diraja Masjid Al-Muktafibillah, Ladang, Kuala Terengganu. Dimakan yang sama juga menempatkan Almarhum Paduka Suami Almarhumah iaitu Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah.

Almarhumah merupakan Bonda Tiri kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Almarhumah merupakan Mantan Tengku Ampuan Besar Terengganu. Bonda Tuanku Mizan adalah isteri kedua Almarhum Sultan Mahmud iaitu YTM Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Alsagoff. Almarhumah tidak dikurniakan sebarang cahayamata. Almarhumah juga merupakan bonda saudara kepada Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Sepatutnya Almarhumah dimakamkan di Makan Diraja Selangor, Bandar Diraja Klang kerana memang telah disediakan tempat Almarhumah di Bangunan yang menempatkan Makam Tengku Ampuan dimana setiap kerabat diraja Selangor yang mendapat gelaran Tengku Ampuan/Raja Perempuan dinegeri/negara lain dimakankan dibangunan ini. Walaupun bagaimanapun atas permintaan pihak tertentu Almarhumah dimakamkan di Terengganu.

Al-Fatihah kepada Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah semuga Roh Almarhumah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. AMIN.


kredit untuk blog MBS

love *Tinie*

sakit gigi ketika mengandung

Sakit gigi sewaktu mengandung... ye puan-puan... ini lah masalah yang sering aku alami sepanjang 2 kali aku mengandung..... setiap kali aku mengandung mesti sakit gigi....setiap kali sakit gigi mesti aku mengandung.....

Biasanya aku akan mengalami sakit gigi bila kandungan aku dah berusia 5 bulan ke atas. Dah tentu bila aku pegi dentist pun , diorang cuma akan bagi pain killer saja , dan hanya dibenarkan cabut gigi bila aku dah bersalin jek. sebab kalo aku cabut gigi semasa mengandung , dikhuatiri akan berlaku pendarahan yang banyak dan akan menjejaskan baby dalam kandungan .. ko bayangkan berapa bulan aku nak tahan sakit gigi tu ? Masa 1st pregnant takde la teruk sangat , sakit gigi sekejap je. Tapi 2nd pregnant ...Tuhan je yang tau betapa seksanya aku menahan sakit gigi sampai lepas bersalin .


Aku harap kali ni aku tak de sakit gigi dah... cuma yang aku perasan setiap kali aku gosok gigi , gusi aku akan berdarah lebih banyak berbanding sebelum mengandung ... harap2 takde apa yang serius..




love *Tinie*

Rabu, 16 Mac 2011

Minggu ke 27

Aku hari ini...... 27 mingggu . Gambar adalah blur
sebab kamera mengong..salah setting ke hapa .
Nampak gak la tang perut tu...

love *Tinie*

Ahad, 13 Mac 2011

Irma Hasmie dah bertudung

Alhamdulillah....tadi duk baca kat blog beautifulnara , katanya Irma Hasmi dah bertudung... satu perubahan yang membanggakan. Harap-harap bukan sementara....


Petang tadi pun aku tertengok rancangan mytv3 kat tv3 yang mana ada Irma Hasmie ni jadi guest..dan betul lah apa yang dikatakan...dia dah bertudung.... Semoga dia akan lebih tenang dan tidak ada lagi gosip2 yang menjejaskan imej nya

with Wardina

love *Tinie*

Sabtu, 12 Mac 2011

Ecah yang kidal


Korang ada anak yang kidal tak ? Boleh ke kidal ni diubati ? Bukan apa ...anak aku Ecah ni... dia serba serbi nak mengiri , menulis tangan kiri , ambik barang tangan kiri , makan pun guna tangan kiri gak... memang selalu la dia ni kena marah n kena jentik tangan tu bila time makan . Kalau menulis guna tangan kiri masih boleh terima lagi , tapi kalo dah makan pun guna tangan kiri ....hangin gak aku ...banyak kali aku cakap kat dia tangan kiri tu wat basuh tutttt je...nak makan guna tangan kanan.... pas kena marah tu ok la kejap...guna tangan kanan...lama2..eh...guna tangan kiri balik ....

time buat homework




time makan...grrrrr...tengok tuuu

agak2..sampai ke besor ke tabiat mengiri dia ni ?

love *Tinie*

Jumaat, 11 Mac 2011

Tsunami di Jepun

Hari ni setiap channel tv melaporkan tsunami yang telah melanda negara Jepun... patut la cuaca tak menentu je 1 hari dua ni ...

marilah kita doakan semua rakyat di Jepun terutama rakyat Malaysia kita yang berada di sana selamat...

macam mana agaknya keadaan blogger Hana Sakura disana ? Semoga dia dan suami selamat...

love *Tinie*

Khamis, 10 Mac 2011

Sazzy Falak yang jelita

Memang terserlah kejelitaan Sazzy Falak waktu sedang mengandung ,
berseri-seri muka dia....seronok aku tengok dia dan suami nya ...

Macam mana agaknya keadaan dia sepanjang mengandung ni ...
dah lah kembar ...aku yang mengandung baby sorang ni pun dah
lembik semacam , kejap sakit perut lah , kejap sakit pinggang lah...


Apapun aku doakan dia selamat semuanya... bukan untuk dia je , untuk
semua yang bakal melahirkan , especially aku sendiri , hehehe

gambar pinjam kat beautifulnara
love *Tinie*

Sabtu, 5 Mac 2011

Meraikan besday boy & besday girl

Hai.... : )
sejak jadi mak buyung ni malas nau aku nak update blog..... tak larat nak duduk lama2 sakit pinggang .... itu satu hal...satu hal lagi aku sakit hati ngan nuffnang.... tahun ni satu sen pun aku tak dapat lagi earning dr nuffnang ..tah apa silapnya ntah .....
Oklah lupakan kisah tu .. ni aku nak citer kisah besday boy ngan besday girl kat opis aku... lama gak aku peram citer ni .... kes malas la ni ....
25 Feb hari tu opis aku ada wat makan2 sket untuk meraikan besday 3 orang staf opis aku...

tahun ni takde acara potong2 kek , kita ganti ngan

acara potong2 pizza ngan kfc

ha.. yang baju biru tu besday boy ngan besday girl

shikin ngan azman , actually ada sorang lagi ,en. mazlan tp lambat lak

dia datang , besday azman jatuh pada 24/2 dan besday shikin ngan

en. mazlan lak jatuh pada 25/2 ...jadi kami pakat wat makan2 pada

25hb lah.. oh ya..kalo nak tgk ropa aku terkini , sila tgk atas ye....itu

saja aku suh diorang ni wat peace...nak cover pewut...hehehe

jejaka yang baju cekelat tu bukan en. mazlan ye ,

itu en. arifin , majuk la konon xde gambo dia , tu yang

snap gambar lagi.... sila abaikan aku yang kembang tu ..


yeah...acara makan pun bermula...itu bos kecik kami ,

kami panggil dia tuan singh... bos yang paling sporting

yang pernah kami dapat ...


besday boy yang pelahap....orang lain belum start makan
dia ngan tuan singh dah second round....apadaa
Apapun hepi besday diucapkan kepada azman , shikin dan en. mazlan...semoga dimurahkan rezeki , dipanjangkan umur , dan happy2 selalu ....
tahun ni xde rezeki lagi aku nak sambut besday ngan diorang ...dah la tahun lepas pun xleh seleberet sebab puasa..tahun ni pun camtu , dan kebetulan aku masih dalam cuti bersalin ... tahun depan le jawabnya ....

love *Tinie*