Followers

Khamis, 27 Disember 2012

Update sket sket

Haluuuuu. Assalamualaikum.... kembali bersiaran setelah lama menyepi...cewahhhh .... dah nak abis tahun baru nak update , yappeddaa.... nak wat camner , bz ngan keja... ni dah slow down sket..tp masih bz lagi ..

Sementara tak berapa bz ni aku update la sket2 .... 1st sekali mesti la update pasal makcik ni kan.. sapa lagi si bongsu Nisa la.  .. makin membesar dengan jayanya... umo dia skang dah 1 tahun 7 bulan... mcm-mcm dah pandai ... contohnya,... tengok bawah ....

Dah pandai bergaya 


dah pandai memanjat grill ...aduuuu x padan pompuan...

mana taknya ... ada geng.. si kakak la 

kalo kuar rumah mesti cari tudung... alhamdulillah ..

skang ni dah anta ke taska..pengasuh dia dah pindah :(
Aku dapat tau dari makcik kat taska tu .. skang ni dia kepala gengster kat sana ... amboi ko...masa mula2 anta bukan main...melalak - lalak.. malu-malu... sekarang...xde dah malu-malu...dia plak yang over....

tu je dulu kot... nanti aku update lain plak ek... 

tata..

love *Tinie*

Khamis, 13 Disember 2012

Masih BZ

Assalamualaikum....

Lama betul aku tak mengaruk kat sini kan ?  Bizi sangat sangat sangat sangat ,.....  bz dengan SKT nya , LNPT nya orang gomen tau le... pastu tambah lak ngan sistem HRMIS nya...mana yang nak declare harta , nak update personel data , update itu , update ini ... pastu campur ngan orang nak interview pangkat , sampai kan aku stress giler... kalo korang baca kat fb aku tau le.... sampai aku tulis stress tahap nak masuk bawah meja je... huhuhu.... lagi stresss bila aku nak update blog tak bleh.... ntah apa masalah ntah ...tiap kali aku nak wat new entry mesti lama giler pc aku nak loading... tu yang  tak berupdate tu...

K lah... aku nak sambung wat keja lagi..tata titi tutu

love *Tinie*

Takziah kepada keluarga blogger ira82

Dikesempatan ini nak ucapkan takziah kepada keluarga blogger Ira82 yang mana Ira telah meninggal pada 8 Disember yang lalu ..pada usia genap 30 tahun . Serius..aku sendiri terkejut dengan pemergian arwah. Arwah meninggal dalam tidur . Arwah juga merupakan bekas jiran aku semasa aku tinggal kat kuartes bandar sultan sulaiman .

Arwah pergi meninggalkan suami , blogger blues budak utara dan seorang anak berusia 6 tahun .

semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh nya .

Al-fatihah

love *Tinie*

Rabu, 21 November 2012

SIBUK

KESIBUKAN TAHAP GABAN ... TAK DAPAT UPDATE BLOG... SKANG NI PUN AKU TGH KURSUS KAT BUKIT AMAN ... CURI-CURI UPDATE TIME REHAT ..HUHUHU
love *Tinie*

Khamis, 25 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha


Raya kat Pulau Indah ni jew...huhuhu
yang balik kampung tu , berhati-hati dijalan raya ,
jangan sampai korang yang jadi korban di hari raya korban nih 

love *Tinie*

Apek dan Leuniey nikah disember ini

Tahniah...akhirnya kompom nak kawin Disember ni ..kalo tak silap 28 hb Disember kan ? 


Bagus la tu..dari berkepit ke hulu ke hilir 



Ni ke baju kawin Leuniey ? rekaan Ezuwan Ismail 

sumber ohbulan dan twitter ezuwan ismail
love *Tinie*

Izara Aisyah lagi

cantik... tapi seksi le suar tu... jarang , nampak short dalam tu 
( gambar dr twitter Izara )


love *Tinie*

Selasa, 23 Oktober 2012

Farid Kamil sertai Sukarelawan Polis ( PVR )

sumber dari FB Polis Selango

SHAH ALAM, 20 Oktober - Hari kedua temuduga pengambilan Sukarelawan Simpanan Polis atau PVR hari ini telah menyaksikan seramai 75 calun yang hadir utuk temuduga tersebut iaitu 58 lelaki dan 17 wanita.


Temuduga yang dijalankan pada hari ini turut dimeriahkan dengan kemunculan pelakon dan pengarah terkenal Farid Kamil untuk menyertai Sukarelawan Simpanan Polis. Beliau yang tiba di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam sekitar jam 3.00 petang disambut oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi b. Ayob. Penyertaan beliau dalam Sukarelawan Simpanan Polis dilihat sebagai ikon dan galakan kepada golongan belia untuk sama-sama menyertai Sukarelawan Simpanan Polis. Diharap dengan penyertaan beliau, ramai lagi belia-belia di luar sana akan meyertai sukarelawan ini.



Bersama KPD Shah Alam 


Timbang jangan tak timbang 

Tangan bengkok lah bang..


Yes..berjaya sertai PVR 

Korang tau tak apa tu Sukarelawan Polis  ( SP ) atau Police Volunteer Reserve ( PVR )

SUKARELAWAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
OBJEKTIF 
Membentuk satu pasukan yang efisyen dari segi intelektual dan fizikal
Memperkukuhkan hubungan di antara pihak polis dan masyarakat
Mempertingkatkan tahap keupayaan, kecekapan dan kepercayaan masyarakat
VISI 
Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia senantiasa bersama berganding bahu
dengan PDRM dalam mendaulatkan undang-undang demi mengekalkan 
keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara
MISI 
Berganding bahu dengan PDRM untuk menguatkuasa undang-undang
Bersama mengekalkan keamanan dan keselamatan Negara
Bersama mencegah dan mengesan jenayah
Bersedia menyalur maklumat serta menjadi mata dan telinga PDRM
Bersama masyarakat tempatan membantu PDRM

Organisasi, Peranan dan Falsafah
Pasukan ini diwujudkan sebagai satu formasi dibawah Pasukan Polis Diraja Malaysia sejak tahun 1957 yang dikenali sebagai Pasukan Sukarelawan Polis. Kini keanggotaannya berjumlah seramai 3,400 diseluruh negara dengan tumpuan dibandar-bandar utama.
Falsafah kewujudan Pasukan Sukarelawan Polis adalah untuk memberi peluang kepada orang awam untuk menceburkan diri dalam kerjaya Polis.

Tanpa meninggalkan pekerjaan hakiki awam mereka, ianya juga sebagai satu pengalaman, pengamatan, cabaran disamping sumbangan khidmat bakti kepada keamanan negara. Pasukan ini juga adalah sebagai unit rezab di dalam Polis Diraja Malaysia.

Penglibatan orang awam dalam Pasukan Polis menerusi Sukarelawan Polis akan memberi banyak kebaikan dan kelebihan antaranya :-
· Mewujudkan kefahaman dan pengamatan terhadap masalah dan pahit manis bagaimana anggota polis melaksanakan khidmat mereka seharian
· Penerapan nilai-nilai disiplin positif pasukan kepada diri sendiri yang diperolehi melalui pendedahan latihan sebagai anggota Sukarelawan Polis
· Sukarelawan Polis dapat memberi panduan kearah pembentukan keluarga bahagia terutamanya dalam mendidik anak-anak agar lebih tersusun dan berjaya berteraskan disiplin yang diperolehi melalui latihan dan pengalaman sebagai Sukarelawan Polis
· Meningkatkan ilmu pengetahuan terhadap undang undang dan penguatkuasaanya, serta melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti bercorak fizikal seperti latihan kawad dan penggunaan senjatapi

Bidang Tugas
Pasukan Sukarelawan Polis pada kebiasaanya adalah menjalankan kerja-kerja latihan dan perbarisan ketika tidak diletakkan dibawah kerahan secara aktif.
Walaubagaimanapun sebagai tambahan kepada latihan dan perbarisan mereka ini menjalankan tugas-tugas seperti berikut :
1. Pejabat pertanyaan / tugas telefonis
2. Tugas Bit
3. Tugas Rondaan
4. Tugas Trafik
5. Tugas Teknikal (WT, MT & MARIN)
6. Tugas-Tugas di Pusat Kawalan Kontingen atau Daerah
7. Pegawai Bertugas di Daerah atau IPK
8. Pentadbiran Biasa / Harian
9. Tugas Kawalan Perhimpunan
10. Tugas kawalan

Fungsi dan Tanggungjawab
• Melaksana dan menguatkuasakan undang-undang
• Mata dan telingan kepada pasukan PDRM
• Memberikan perkhidmatan yang mesra kepada masyarakat

Elaun dan Insentif
1. Elaun kehadiran Latihan Tempatan
Tuntutan elaun tidak melebihi 48 jam sebulan
Pegawai : RM5.80 sejam
Lain-lain Pangkat : RM4.00 sejam
2. Elaun Bounty ( Saguhati tahunan )
Bertugas lebih 380 jam setahun - RM 520.00
Bertugas 240 ~ 379 jam setahun - RM 390.00
Bertugas 120 ~ 239 jam setahun - RM 260.00
Bertugas kurang 120 jam setahun - TIDAK LAYAK

3. Elaun Pakaian (Pegawai sahaja)
Elaun Pakaian Seragam (sekali sepanjang perkhidmatan) - RM300.00
Elaun Penyelenggaraan Pakaian Seragam (setiap tahun dibayar mulai
tahun kedua Perkhidmatan) - RM 125.00
Elaun Pakaian Istiadat (3 tahun sekali) - RM 1,000.00

4. Kemudahan Lain
Bekalan Pakaian Seragam
Rawatan Perubatan
Compesation-ganjaran & elaun
Kematian semasa bertugas *
Kecacatan semasa bertugas *
Belanja pengkebumian *

* Melalui penyertaan skim insuran berkelompok
(Dipetik dari Laman Sesawang PDRM - Ruangan Orang Awam/Sukarelawan Polis)

sumber spkl web
love *Tinie*

Isnin, 22 Oktober 2012

Tahniah Mek Chu

holloh holloh holloh..dah pandai senyum 
Nak ucap tahniah kat Mek Chu aka Churalliya aka Suraya Mazni atas kelahiran anak keduanya , baby girl yang diberi nama Najwa pagi 22.10.2012 ..  Dah ada sepasang la anak dia...  Pasni jangan serik nak beranak lagi ye

Selamat Berpantang ye Chu

love *Tinie*

Jumaat, 19 Oktober 2012

The latest Nisa

Lama aku tak share citer pasal budak Nisa ni kan ? Last pun pasal bisul dia tu ..  takde apa sangat . Skang ni umur dia dah 17 bulan .. makin keletah ..makin nakal ....tapi tetap manja... Ini pic yang aku amik semalam 

Dia ni ada satu kepantangan ... takleh dengar aku jerit panggil kakak atau abang dia kuat-kuat.... atau bunyi orang ketuk pintu kuat-kuat... dia akan terkejut dan menangis.. even tengah tido pun kalo bunyi orang ketuk pintu , dia boleh terbangun dan menangis cari aku ... gitu jugak masa kat umah pengasuh... kalo dengar bunyi orang ketuk pintu  dia akan terkejut dan menangis....  Nisa..Nisa... kalo Ahmad Albab masa nangis dengar bunyi ketuk pintu akan diam.. ko plak..bleh nangis bila dengar bunyi ketuk pintu .. 

nampak tak kat dahi dia..ada parut bisul .
gigi pun dah hmpir penuh..geraham dah tumbuh..taring je takde lagi
tengok lah !!..ada ke dia kaco abang dia tengah tido 
budak ceria ...
Skang ni dia still breastfeeding..tp kalo kat umah pengasuh dia akan minum susu formula . Aku sebenarnya tengah pening ni .. bulan ni last pengasuh dia jaga dia pastu dia pindah ..adehh mana la aku nak cari pengasuh  ni ..

love *Tinie*

Rabu, 3 Oktober 2012

Abby dan Memey bercuti bersama di Genting Highlands

Perkembangan yang sungguh menarik... Nampaknya hubungan Abby Abadi dan Memey serta Norman Hakim nampaknya semakin hari semakin bertambah baik .  Jika di bulan Ramadhan dulu mereka berbuka puasa dan bersolat sama-sama , terbaru mereka bercuti bersama di Genting Highlands .

Alhamdulillah... Islam pun tak mengajar umatnya bermusuhan malah menggalakkan umatnya menjalinkan silaturrahim yang baik sesama manusia .

Opss aku tak mo kata apa- apa..biar lah kita sama-sama mendoakan yang baik-baik saja kepada mereka sekeluarga . 

Aminnn
soooo sweeetttt
sumber : Bang Nara
love *Tinie*

Happy Belated 6th Birthday Ecah

1 hb Oktober hari tu adalah besday Ecah yang ke 6 tahun . Aku tak wat apa-apa pun just wish besday kat dia ..ayah dia pun call dri JB wish dia . Tp macam kesian lak bila tak wat apa-apa pun kan . Jadi semalam aku beli la sebiji kek yang paling kecik tuk dia . 

Maka kami seleberet lah empat beranak kat umah . Ala..just potong kek je..xde tiup-tiup lilin . 

kek kepala angry bird perisa coklat 

muka ate senyum simpul . Si abang aim kepala angry bird

potong kueh nya ..potong kueh nya ..
to Ecah..hepi besday sayang ..ibu doakan ecah menjadi seorang insan yang berguna kepada keluarga , bangsa dan negara . Semoga berjaya mencapai cota-cita yang diidamkan iaitu menjadi seorang doktor . ehh ye ke...cita-cita ecah nak jadi doktor...bukan cita-cita ayah ke ni :p

love *Tinie*

Khairul Fahmi dan Leuniey akhirnya mengaku bercinta

Siapa Leuniey nih ? aku pun tak kenal ..tapi namanya meletop gara-gara gambar dia dengan apek arau Khairul Fahmi Che Mat ( KFCM) ..Leuniey nih model ..muda lagi..baru 21 tahun  dikatakan telah bertunang tapi mintak putus beberapa minggu kemudian kerana KFCM nih.... banyak gosip diaorang nih... kejap kata kawan biasa..kejap kata takde apa-apa...pastu kata bukan sekadar biasa..ehhhhh 

Bila Leuniey kata bukan sekadar kawan-kawan biasa barulah KFCM mengaku bercinta ekkk.. Apa-apa je laa...moga korang cepat-cepat ke jinjang pelamin ..



Gambar dari twitter Ezuwan Ismail... tempah baju kawin ngan dia kerr???
kredit to nescafeais  dan Ezuwan Ismail
love *Tinie*

Aiyoooo Izara Aishah

Aiyoooo...semalam kecoh pasal video Izara menari tarian tango kat FB . Aku tak sempat tengok dah kena remove.. tapi ni ada sket gambar dari blog nescafeais... fuiyoooo seksi nya



Hari ni plak keluar kenyataan dari Izara Aishah plak :


Izara Aishah memohon maaf berhubung video yang dipaparkan di laman Youtube tentang tarian menghairah (Tango).
Jelasnya video tersebut sebenarnya adalah rakaman oleh salah seorang pelajar dari Sunway Kolej, yang mana kolej tempat Izara melanjutkan pelajarannya.
Persembahan tersebut merupakan projek semester akhir untuk pengajian Performing Arts dan Media tahun 2009 ketika Izara Aishah menuntut lagi di Sunway Kolej. Video tersebut tidak sepatutnya dijadikan sebagai paparan kepada umum kerana ia adalah salah satu subjek pengajian yang diambil bagi pemarkahan oleh pensyarah.
“Jujur, Izara tidak menyangka video tersebut akan di muatnaik di Youtube. Tarian tersebut adalah ujian peperiksaan bagi projek semester akhir Izara dan bukannya untuk bersuka ria.”
“ Kostum yang disediakan hanya dipakai bagi persembahan itu sahaja dan bukannya pakaian harian,”
Izara yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran bagi filem ‘Balun’ memohon maaf pada semua peminat serta berharap mereka memahami keadaan Izara yang pada waktu tersebut sedang menjalankan projek semester akhir pengajiannya. - kredit to blogr


Dia dah mohon maaf dan dah explain pun video tu untuk apa kan.. anda seme telah dikurniakan akal fikiran , jadi ..lu fikir la sendiri ...Assalamualaikum ...

love *Tinie*

Berakhir Sudah - Sirrun



Akhirnya selesai sudah drama Sirrun di TV9 . Setiap hari Isnin dan Selasa kul 8.30 malam , citer ni la yang aku dok tunggu-tunggu . 

Tak sangka lak penyudah nya macam tu . Zaid meninggal kemalangan , Surina kawin ngan Khalid , Laila plak terus menjanda . 

Walaupun sebelum ni aku tak berapa suka Anzalna Nasir , tapi dalam citer ni... boleh la.... aku minat Beto Khushairy ngan Zarina Zainoordin . Hairul Azreen pun aku dah mula minat sebab dia so cute . 







ehhh terselit gak hairul azreen aka dr khalid nih :p


Semalam bermula lah drama baru dalam Slot Ratu .tajuk cite dia Dendam Pencinta ..aku dah tengok...ok la kot..tapi tak buat aku rasa tertunggu-tunggu minggu depan macam drama sirrun ni

gambar kredit to gugel n budiey
love *Tinie*

Jumaat, 28 September 2012

Izara Aishah yang gojes

Dalam ramai-ramai artis baru , aku paling minat Izara Aishah ni . Tak tau kenapa .. tapi seriously memang suka . Kalo ada drama yang dia berlakon mesti aku tengok . Antara yang drama dia yang aku dah tengok macam Vanilla Coklat , Naziha , Vanilla Coklat Raya , Oh My English dan yang terbaru Janji Kita kat TV9 . 

So jangan muntah kalo tengok gambar Izara Aishah berderet-deret kat bawah ni ye ....







Oh My English !

Garang tapi menggoda



Ayu bertudung

Fazura dan Izara Dua-dua aku suka 
Sekian

gambar kredit to incik gugel dan incik nara

love *Tinie*