Followers

Selasa, 31 Januari 2012

Amsyar dah darjah 1

Orang dah sebulan start sekolah aku baru hegeh hegeh nak update . Nak wat camne...penyakit M datang tanpa diundang ... Aku sampai skang still macam tak percaya yang Amsyar dah masuk darjah satu . Rasa macam baru je aku lahirkan dia..tup2 dah masuk sekolah rendah .  Dia sekolah kat Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2 . Kelas 1 Cemerlang . Tahun ni darjah satu ada 2 kelas je. ok la tu

Lain-lain citer , tengok je la gambar


cikgu sedang bagi guide.. kedudukan kelas , tandas , kantin , etc

semasa sesi pendaftaran

kat padang perhimpunan , tengah beratur untuk ke kelas

Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2

Ada ciri-ciri gangster nih...aipppp
Setakat hari ni , dia semakin boleh berdikari , tak perlu ditunggu di sekolah . Boleh beli makanan sendiri kat kantin . tau kelas kat mana . Alhamdulillah ...pelan-pelan kayuh.... cuma dia perlu belajar membaca lebih lagi sebab dia cuma dapat membaca perkataan-perkataan je . Kalau ayat yang panjang -panjang tu dia tak boleh lagi. 

Takpelah banyak lagi yang perlu dia pelajari dan tempuhi ...kita sebagai ibubapa perlu memastikan dia tidak tersasar dari landasannya ...cewaaaahh.

Jumaat, 20 Januari 2012

Mari Menyakat Nisa

Eh apa ni...bola ke durian ?

huk huk uwaaaa...kenapa dia bergerak gerak...uwaaaaa

uwaaa tak nak tak nakk uwaaaa

huuuuu ibuuuu huuuuu
 Huk aloh... bola pun takut ke... Nisa...Nisa...


love *Tinie*

Jumaat, 13 Januari 2012

Tahun Je Baru

Assalamualaikum....Selamat Tahun tak berapa baru .... hehehheSeperti title di atas... tahun je baru ...tapi aku ???masih di takuk lama....Sebelum masuk tahun 2012 aku berazam nak wat satu hari satu n3 ,tapi nampaknya azam tinggal azam...dah nak masuk pertengahan bulan Januari 2012 dah... satu n3 pun takde... ish ish ish...Nak wat camne....start daripada hujung bulan disember tahun lepas sampai skang ni aku bizi teramat-amat bizi .... dengan kerja dengan daftar sekolah anak ...oh ya...anak jantan aku sorang tu tahun ni dah sekolah darjah satu... ecah plak still tadika .. yang tu nanti aku citer sebab gambar aku belum transfer dari kamera .korang pun tau skang ni tengah kecoh tentang SBPA kan... aku pun terlibat dalam penyediaan opsyen ni untuk staff-staff jabatan aku . macam-macam aku kena buat , update buku perkhidmatan la , semak gaji la , semak ospyen pencen la ..ish..macam - macam lagi la...skang ni plak tengah kecoh SBPA ditangguh kan plak... adeh...pehal la... ya ke idak kita tunggu je la... k lah tu je..akan disambung di lain n3...bila tu ? tungguuuuuuu hihihihihilove *Tinie*