Followers

Rabu, 28 Mac 2012

Selasa, 20 Mac 2012

Program TV kegemaran Nisa

Kalo Nisa bangun awal pagi ( kul 6 atau 7 ) pasti aku akan jadi kelam kelibut. Apa taknya ..time kita sibuk kejut abang ngan kakak dia nak gi sekolah , time tu la dia nak berdukung . Mana nak siapkan budak sekolah , mana nak wat bekpes , mana aku nak bersiap lagi ... Kalo letak dalam walker lagi la dia meraung ..lepas tu siap memanjat2 menonggeng2 nak kuar dr walker tu . Jadi untuk tidak kelam kelibut di pagi hari , aku letak dia depan tv , bukak NTV7 , ada rancangan untuk kanak-kanak iaitu Hi-5 .. haaa melangut dia depan tv tu ... tersengih-sengih pastu goyang-goyang badan ... happy bebeno...

Ni pic yang sempat aku snap pagi tadi ...
kusyuk betul
tak bergerak
Senang keje mak ko Nisa oi..

love *Tinie*

Isnin, 19 Mac 2012

Vanilla Cokelat di filemkan ... Yeay !!!

TAHNIAH diucapkan kepada produksi drama bersiri Vanila Coklat yang disiarkan di TV3 dalam slot Lestary sebelum ini, apabila mencipta rekod menjadi drama bersiri paling ramai ditonton sehingga mencecah 4.5 juta orang.

Tuah badan! Walaupun ceritanya ringan, ia mendapat tempat di hati penonton. Rata-rata apabila ditanya kenapa mereka suka, mereka kata suka babak romantis Amir dan Zara dilakonkan Aiman Hakim Ridza dan Izara Aishah.


Pelakon pembantu seperti Iqram Dinzly, Liza Abdullah, Zuhairi Ibrahim, Emma Akma dan Fazlina Ahmad Daud turut memberi persembahan mantap watak masing-masing sehingga ramai terpaku depan TV untuk mengetahui kesudahan Vanila Coklat.

Selepas ini tentu ramai rindukan aksi romantis Amir dan Zara. Cerita baik kepada penonton setia, cinta dua watak ini akan dibawa ke layar lebar tidak lama lagi.
Sumber memberitahu, atas sambutan luar dugaan itu, Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) berminat menerbitkan filem Vanila Coklat dan ia akan dihasilkan dengan kerjasama produksi asal drama ini, Asia Media Content.

Semua pelakon Vanila Coklat akan dikekalkan dan penggambaran akan bermula paling lewat Mei ini. Kalau ikut perkiraan, nampaknya ia akan ditayang tahun depan.


Bukan itu saja, produksi juga mahu mengadakan penggambaran di luar negara, antaranya Paris atau Rome.

Nampaknya berseronoklah produksi dan pelakon Vanila Coklat. Apapun, harapan semoga filem ini dapat mengekalkan kehangatan cinta Amir dan Zara sebagaimana drama bersirinya.
sumber: CAK Metro
kredit to : Blog Bulanpurnama



YEAY !!!!!




love *Tinie*

Jumaat, 16 Mac 2012

sarapan enak di pagi Jumaat .

Salam pagi Jumaat yang indah . harap korang seme ceria . Dah sarapan lum ? sarapan apa ? nasi lemak sambal sotong ? bestnya ...mee goreng teloq mata ? slurpppp.... atau kuih muih yang pelbagai ? sedap tu.... Kenapa aku tanya korang cam tu ? sebab nya.... aku sarapan ni jewww
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
megi tomyam yummm

huhuhu ...rekues kat incik asben belikan nasi lemak sambal sotong kat kedai sebab kebetulan dia nak kuar gi pos opis ngan HQ dia... tapi ... sampai la skang ni dah dekat pukul 10.30 pagi dia tak bawak-bawak pun sarapan untuk bininya ni....hrmmmm terpaksa la aku makan megi yang ada kat pantri ...

love *Tinie*

Rabu, 14 Mac 2012

Antara Vanilla Cokelat , Ariana Mikhail , Gemersik Kalbu dan Aishiteru

Akhirnya !!!! Tamat jugak citer Vanilla Cekelat . ... phewwww
Biasalah... happy ending .... kelakar jugak endingnya.... Zara bukan peknen tapi kena ulser perut sebab gastrik and tak makan . hahahahh

Tamatlah sudah 4 citer yang aku tunggu2 tiap-tiap malam sampai bertekak ngan asben dan anak2 sebab tak kasik tukar channel lain .


Citer-citer tu ialah...



Vanilla Cokelat ( pasni takleh tengok dah Amir ngan Zara yg sherashi tu )





Ariana Mikhail ( tak tau nk komen apa )



Gemersik Kalbu ( suka tengok Aqasha je pun )


Aishiteru ( serius tak paham ngan ending dia )

Wat masa ni , lepas abis 4 citer ni aku takde lagi sangkut ngan mana-mana citer yg boleh wat aku tertunggu tunggu . Harap-harap ada lagi citer yang menggandingkan Izara , Aiman ngan Aqasha dalam satu citer . mesti best kan ?


sumber gambar : google

love *Tinie*

wordless wednesday 3/2012

budak lasak..

boleh dia gigit belon tu sampai pecah

pastu wat selamba dekkkk je

tau le awak ada gigi..

ayooo



love *Tinie*

Khamis, 8 Mac 2012

Rabu, 7 Mac 2012

Annisa yang lasak

Annisa yang lasak...sekian terima kasih.... aci tak ... aku malas nak citer banyak... tengok je la gambar-gambar tu ini belum lagi pandai berjalan , kalo dah dapat kaki nanti tak tau le camne ....

Isnin, 5 Mac 2012

ABBY ABADI , WAN NORAZLIN , ZARINA ZAINUDIN = WANITA BESI

Hari Sabtu hari tu tengok Apa Saja FBI yang membawa topik Wanita Besi . Tetamu undangan dia ialah Abby Abadi , Wan Norazlin dan Zarina Zainudin .

Hot Mama yang berlainan status , 2 janda 1 Bermadu

ABBY ABADI
WAN NORAZLIN

ZARINA ZAINUDIN
Aku rasa Zarina Zainudin adalah wanita yang paling bertuah dikalangan mereka bertiga , walaupun jadi no. 2 , itu semua tidak timbul masalah , sebab dia nikah dengan restu isteri pertama , suami pulak seorang yang berkedudukan . jadi tak kisah lah jadi no 2 pun. Macam Abby Abadi ngan Wan Norazlin pulak lain citer . Diorang bukan bermadu tapi laki curang . Dah tau hidup susah , gatal cari b****a lain plak .prfttt Apa yang dapat aku simpulkan kat sini ...semua tu mematangkan diri masing-masing .. ambil lah ia sebagai pengajaran dan panduan hidup masing-masing . Peringatan untuk aku jugak....

NO POLIGAMI ...TAK KIRA LA DAPAT PAYUNG EMAS KE PAYUNG TEMBAGA KE ..NO NO NO eh...emo plak aku...

kenapa lagu perhaps dari tadi duk terngiang-ngiang kat telinga aku ek ? :P 

love *Tinie*

Jumaat, 2 Mac 2012

Blog Aku Murtad ?????

Nauzubillah....
Dihari Jumaat yang mulia ni , aku dikejutkan dengan mende ni ..
Tadi la aku duk gatal-gatal godek blog aku...nak setting , nak repair nak tolak tambah apa yang patut
kat template tu .. selama ni aku tak pernah scroll abis sampai ke bawah , tapi hari ni rasa macam nak tengok seme ..and ..
this is shocking me....

aisyahamsyar blogspot murtad ??????

agak-agak la weiiiii
tak pasal-pasal aku kena ISA ke ..kena tangkap di JAIS ke... tak ke naya aku


adoiyaiii.......

love *Tinie*