Followers

Isnin, 30 Julai 2012

Try Test Buat Tart Nenas

Cubaan membuat sendiri tart nenas gulung... adunan pertama tak jadi sebab terlampau kering . Rasanya sebab tepung banyak kot.Apa tak nya , sekali letak tepung tu bedebuss sekali gus . Cubaan kedua try letak sket2 tepung.. alhamdulillah lembut je . Tapi time membakar plak k.o.. round pertama terlebih timing.. jadi agak gelap sket jadinya.. round kedua kurang kan sket timing tu... alhamdulillah ...jadi.. Biskut samperit tu adalah lebihan adunan tart. Inti nenas dah abis , so aku samperitkan je pastu letak coklat warna warni tu sket.. tadaaa dah ada 2 jenis kuih raya aku muahahahhah

love *Tinie*

Sabtu, 28 Julai 2012

Ramadhan ke 8

Dah 8 hari kita berpuasa ... sana sini banyak blog yang bercerita tentang ramadan mereka , lauk berbuka , kuih muih , pengalaman berpuasa .. rasa seronok plak .

Ramadan aku tahun ni kureng sket ..tak mcm thn sebelum-sebelum . Tahun ni aku berpuasa sensorang je sebab encik asben dah transfer Johor . Jadi agak sedih la puasa aku . Yang ada pun anak-anak je buat peneman . Tahun ni tahun pertama amsyar dan aisyah berpuasa . Macam mana diorang... hurmmm dah 8 hari puasa ... 8 hari jugak diorang posa half day je... takpe lah yang penting diorang dapat juga berpuasa .

Disebabkan encik asben takde maka masakan untuk berbuka aku pun ala-ala je lah.. Param pun aku tak pegi... malas. Biasanya aku akan masak nasi , sup dan ayam atau ikan goreng atau sambal . Itu je

Hari ni rezeki aku dapat rasa bubur lambuk Kg Baru . Ada jiran yang bagi . Syukur alhamdulillah.. dah lama teringin nak rasa bubur lambuk kg baru ni .. apa yang sedapnya .. Nak pegi sana beratur memang tak la kan .

Dapat 2 bungkus


sebungkus je dah penuh mangkuk 
Rasanya ? Sedap gak...banyak rasa rempah .. aku share ngan anak-anak.. habis semangkuk ...Nisa pun makan tau...tak pedas.. cuma ada rasa lada hitam sket la... 
Ada sebungkus lagi tu.. boleh la buat sahur nanti.

love *Tinie*

Jumaat, 27 Julai 2012

Precious Moment with Trudy And Teddy


Tiba-tiba teringin nak join contest ni sebab caranya senang sangat.
Hadiah pun lumayan . Korang nak tau hadiahnya ? Niiiii dia




Harap-harap boleh menang contest Nuffnang with Trudy And Teddy nih... Dah la baju super kiut giler , hadiah nya gojes ...
So apalagi para blogger-blogger seme ( yang berstatus glitteri sajork ) ... meh le join.....

Please Nuffnang dan  Trudy And Teddy ...let me win !!!!

love *Tinie*

Hackers


Hackers la sangat ... Lama aku tak citer pasal Nisa ni kan ? Tengok pic ni dah ler..... Itu adalah cubaan untuk menghack komputer tu... adei la... kalo apak ko tau macam ni aktiviti ko sehari-hari .. abih la... dia gomol ko sampai tersedu-sedu baru tau....





love *Tinie*

Isnin, 2 Julai 2012

Upacara Tahnik oleh Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang


Bertuah anak sedara aku ni , di tahnik sendiri oleh Dato' Seri TG Hj Abdul Hadi Awang . Ditahnikkan pada hari ke 8 dilahirkan dan secara rasminya dinamakan dengan nama Anis Farhana Binti Abdul Hadi . Elok le tu , anak aku Annisa , anak dia Anis .. nanti Tok Ma diaorang panggil senang Anis Annisa 


Apa itu Tahnik atau belah mulut ? Ni aku copy sket dari sini

Tahnik atau yang dikenali dengan belah mulut terhadap bayi merupakan salah satu daripada ajaran Nabi kita yang dilakukan sejurus selepas bayi dilahirkan. Oleh itu, sebagai seorang Islam hendaklah mengambil berat untuk mengamalkan petunjuk ini.
Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan tahnik Ini dan hikmah di sebalik perbuatan ini?
'Tahnik bermaksud memamah kurma dan menggosok kurma yang dimamah itu ke gusi bayi. la dilakukan dengan meletakkan sedikit kurma ke dalam mulut bayi, kemudian digerak-gerakkan ke kanan dan kiri dengan lemah lembut. Sehinggalah mulut bayi tersebut dapat mengecapi kurma yang dimamah tadi. Sekiranya tidak mempunyai buah kurma, lakukanlah tahnik ini dengan apa sahaja yang manis demi mencontohi sunnah dan sebagai tanda mengikut apa yang dilakukan oleh baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
Mungkin antara hikmahnya ialah disebalik perbuatan ini bertujuan menguatkan otot-otot mulut dan rahangnya dengan pergerakkan lidah ketika tahnik ini dilakukan dan melatih bayi menyusu dengan cara semulajadi ( tabi’i ). Lebih afdal sekiranya tahnik ini dilakukan oleh seorang yang cukup dikenali dengan ketakwaan dan orang yang soleh demi mengambil keberkatan daripadanya. Mudah.-mudahan bayi itu akan mengikut jejak langkah beliau. – Rujuk kitab Tarbiyat al-Aulad, karya Abdullah Alwaan, jil. 1ms.77.



comei comei comei 

love *Tinie*