Followers

Jumaat, 28 September 2012

Izara Aishah yang gojes

Dalam ramai-ramai artis baru , aku paling minat Izara Aishah ni . Tak tau kenapa .. tapi seriously memang suka . Kalo ada drama yang dia berlakon mesti aku tengok . Antara yang drama dia yang aku dah tengok macam Vanilla Coklat , Naziha , Vanilla Coklat Raya , Oh My English dan yang terbaru Janji Kita kat TV9 . 

So jangan muntah kalo tengok gambar Izara Aishah berderet-deret kat bawah ni ye ....







Oh My English !

Garang tapi menggoda



Ayu bertudung

Fazura dan Izara Dua-dua aku suka 
Sekian

gambar kredit to incik gugel dan incik nara

love *Tinie*

Khamis, 27 September 2012

Ceria

Dah ok dah sket.. tapi belum keluar abis lagi bisul tu .. wat masa ni aku sapu ngan minyak gamat je .
Bila aku tekan bisul tu ada lagi rasa lembik-lembik macam ada air lagi . Member aku cakap air bisa dia lum kuar abis lagi. Acane aku nak kuarkan abis. baru nak pegang kepala dah menggelupur ....


love *Tinie*

Selasa, 25 September 2012

Dah Pecah

Alhamdulillah , bisul Nisa dah pecah . Sapa yang tak tau citer , nih citer dia . Aku baru plan nak letak daun lidah buaya lah , bedak sejuk la , daun bunga raya la... tup-tup petang semalam dah pecah masa dia main menan sorang-sorang kat umah . Agaknya menan yang dia pegang terkena dahi dia tu yang pecah tu.Terus melalak dia .  Nanah campur darah banyak gak kuar . Tapi aku takleh nak picit , dia punya amukan tak daya aku nak lawan sorang ... gambar aku tak dapat nak snap , kamera tertinggal kat opis . Nanti la aku snap gambar selepas bisul pecah k .

love *Tinie*

Isnin, 24 September 2012

Buang bayi lagi

Hurmmmm..... tak abis-abis dengan kes buang bayi ...  kali ni berlaku dekat tempat keja aku . Mayat bayi lelaki tersebut dijumpai dibawah jambatan dekat jeti depan opis aku pagi tadi . Menurut kawan-kawan aku yang tengok mayat bayi tu ..dekat tali pusat bayi tu ada pengepit . Maknanya dia mungkin dilahirkan di hospital .
Aku tak sampai hati nak tengok. Sama-sama la kita berdoa semoga ibu bapa bayi malang tu dapat ditangkap segera dan dikenakan hukuman seberat- berat nya dan dilaknat Allah .

love *Tinie*

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pelabuhan Klang - Lastw Part

sori lambat publish... susah nau nak upload gambar ... okeh kita teruskan ke keputusan pertandingan ..

Hadiah yang ditawarkan 
Bagi pertandingan gerai tercantik 

Tempat Ke-4 - gerai eskem 

wakil gerai eskem- Kpl Shapie

Tempat ke 3..jeng jeng jeng..gerai pentadbiran ! wooohooo

wakil gerai pentadbiran yang ensem- sjn Arifin

Tempat kedua- gerai kambing / ayam golek 

Wakil gerai - S/I Halim 

Juara Gerai tercantik - Bengkel
memang dah agak .. sebab diorang sanggup usung sampan
ni masuk dalam dewan ...berbaloi la menang

Wakil gerai sampan- Sjn Salleh
Kemudian untuk acara karaoke plak...

Kategori terbuka - juaranya Sjn Azhari 

Juara Kategori Gerai - Kpl Shapie 

Acara terakhir ialah Lelaki dan Wanita anggun

Juara Lelaki Anggun - SM Zarudin
siap bertengkolok tu 
Juara Wanita Anggun - L/Kpl Izan


Wattammmatttt

Petua Hilangkan bisul

Alang-alang nisa kena bisul aku try la tanya incik gugel petua hilang kan bisul . Dapat la satu Lubuk Petua Warisan  .  ( klik gambar untuk tengok lebih jelas )



macam-macam petua diorang bagi... kapur sirih , daun bunga raya , tu ada yang bakar kertas dalam botol kosong... ala-ala bekam la tu... ..jumpa doktor terus pun ada.. tapi aku kalo boleh taknak la jumpa doktor terus..rasanya kalo jumpa doktor terus..mesti diorang suh operate...aku taknakkk


petua guna bedak sejuk , plaster cap Katak ? , bunga rumput ? 


Guna Biji kuang 

Yang ni lagi lawak...terkena letrik shock terus ilang bisul ... hahahah
love *Tinie*


Nisa kena bisul


Kesian Nisa... naik bisul atas dahi .... mula-mula aku tak tau yang tu bisul.. ingatkan lebam / bengkak sebab terhantuk . Tapi lama kelamaan makin bengkak. pastu aku tanya kengkawan / jiran - jiran. Seme cakap tu bisul.  Huuuu sedih rasanya ...mesti sakit.... diorang kata biarkan macam tu sampai naik mata ... pastu baru leh picit kasi keluar air nanah ..iskkkk.. kesian dia... mesti sakit ...

korang ada tak petua untuk bagi surut bisul tu tanpa perlu dipicit ..aku tak sanggup nak tengok dia menangis masa tu...huuuu

love *Tinie*

Rabu, 19 September 2012

Gewam


TAK DAPAT NAK UPDATE SEBAB TAKLEH UPLOAD GAMBAR .eeeeeee gewam..gewammmm


love *Tinie*

Khamis, 13 September 2012

Majlis Sambutan Hari raya Aidlfitri peringkat Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pelabuhan Klang - Part 3

Malam tu selain diadakan majlis hari raya , ada jugak diadakan majlis jasamu dikenang khusus untuk meraikan anggota dan kakitangan awam yang bertukar . Setiap diorang diberikan cenderamata tanda ingatan  

Sarjan Azmi bertukar ke Seromban 

Lans Koperal Ridhwan - Klang 

Kpl Rosley @ nama glems nya Pakcik Hang
tukar ke Ipoh 

L/Kpl Tg Syamzari ( Org kg aku ) - tukar  ke Melaka

L/Kpl Hairi atau lebih dikenali sbg Otai
tukar ke Klang 

Sarjan Azhari - tukar ke Muar 

Encik Azman - satu-satunya kumbang dalam
unit pentadbiran aku pun bertukar ke LHDN
( naik pangkat ) 

Sjn Azhari beri ucapan bagi pihak yang diraikan

Selesai acara pennyampaian cenderahati , tiba masa acara yang ditunggu - tunggu iaitu pertandingan Karokssss ... Setiap gerai akan menghantar seorang wakil untuk berkaroks... selain tu ada pertandingan karoks terbuka . Sambil-sambil makan tu diorang ni la yang akan mengihiburkan tetamu . 

Big Bos wat opening 


beratur ambik giliran dan pilih lagu
Wakil gerai eskem 

wakil gerai kambing 


Wakil gerai aku ( 2nd big bos tu )

Wakil gerai naget 


Ini peserta kategori terbuka 


Wakil gerai lemang 
Wakil gerai minuman ( yg comel tu anak dia )
Selain pertandingan Karoks ni ada jugak pertandingan lain iaitu gerai tercantik , lelaki paling anggun dan wanita paling anggun .. so .. nak tau sapa yang monang ? jeng jeng jeng... tunggu next n3 heheheheh

love *Tinie*

Selasa, 11 September 2012

Majlis Sambutan Hari Raya Aidlifitri peringkat Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pelabuhan Klang - Part 2


Sambung part 2 lak...  part 1 dah tunjuk gerai - gerai kan ..kali ni tunjuk serba sedikit persekitaran semasa berlangsung nya majlis tu

entrprem dulu

Anak-anak aku seme pakai baju omputeh... aku malas nak bagi pakai baaju melayu / baju kurung sebab diorang ni lasak , duk berguling atas lantai la , memanjat la... so better aku bagi pakai baju omputeh . Bawah ni plak juadah gerai aku , coq badak , kek carrot , karipap , coklat cake


MC di hari tu

My Big Bos sedang memberi ucapan
( agak2 korang kenal tak ? )

Jejaka-jejaka hot di malam tu
 Selain dari sambutan hari raya , malam tu jugak di adakan majlis jasamu dikenang atau majlis meraikan kengkawan yang telah bertukar . Jadinya majlis dua dalam satu la ni ..

Antara yang diraikan

OPPA MARIN STYLE !!!!

Makan time !!





Ok sambung part 3 lak... antara acara-acara menarik malam tu ...

love *Tinie*