Followers

Jumaat, 5 April 2013

Genap 40 hari pemergiannya

Hari ni 05 April 2013 , genap 40 hari Allahyarham Ibu Mertua kesayangan pulang ke rahmatullah . Arwah meninggal pada 25 Febuari lalu pada jam 4.12 petang di Wad Temenggong , Hospital Raja Perempuan Zainab , Kota Bharu Kelantan . Arwah dimasukkan ke Hospital pada 18 Febuari 2013 jam 2 pagi setelah mengalami sesak nafas . 

keadaan di hari pertama koma . masa ni ditempatkan di wad 8
HKB kerana ICU penuh ... kesian aku tengok keadaan dalam wad ni ,
sempit .. pesakit terlalu ramai hingga terpaksa diletakkan katil di laluan
orang lalu lalang . Nak jalan pun berlaga punggung . ( silap plak tak amik gambar ari tu )


Sehari sebelum arwah pergi  

Al-fatihah 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah Ibu Mertua ku , Che Yah Bt Mat Haron . 

Al-fatihah 


love *Tinie*

Khamis, 4 April 2013

Takziah Abang Abil Fikri

Dikesempatan ini nak ucapkan takziah kepada abang Abil atas pemergian isteri tercinta Kak Gee ke Rahmatullah pada 2/4/2013 yg lalu . Semoga abang Abil tabah dan redha atas pemergiannya.. 

Disaat-saat bahagia 

terlantar sakit 


Kak Gee manja di ribaan Abg Abil 

beberapa hari sebelum pemergiannya 


Al Fatihah

Aku kagum dengan pengorbanan abang Abil yang sanggup berhenti kerja demi menjaga isteri yang sakit . Kalau baca blog dia mesti aku senyum sebab dia suka bergurau dengan isterinya ..dalam masa yang sama aku sedih dan terharu dengan keikhlasan nya . 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kak Gee ... Al- Fatihah

kredit to Blog Nescafeais