Followers

Jumaat, 17 Mei 2013

SELAMAT BERSARA TAN SRI DATUK SERI UTAMA HJ ISMAIL BIN HJ OMAR

( Awas... N3 panjang dan banyak gambar )

Semalam ( 16 Mei 2013 ) Ketua Polis Negara telah bersara setelah berkhidmat selama 42 tahun .
Walaupun aku tidak mengenali beliau dengan dekat , tetapi beliau sebagai pemimpin dan majikan aku , jasa dan baktinya tidak akan kulupakan

N3 dan gambar dibawah di pinjam dari FB PDRM

Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar hari ini ( 16 Mei 2013 )  menyerahkan jawatan Ketua Polis Negara kepada timbalannya Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar yang akan secara rasmi memulakan tugas baharunya sebagai peneraju Polis Diraja Malaysia (PDRM) esok. Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di sini itu turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Keselamatan Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim.

Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar yang menyertai PDRM pada 1971, dilantik sebagai Ketua Polis Negara mulai 13 Sept 2010 sebelum bersara wajib pada 2011. Pelantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak tamat hari ini.

Pada majlis sama, acara menandatangani surat serah dan terima jawatan turut berlangsung antara Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara juga berkuat kuasa esok.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas peluang yang telah diberikan kepadanya untuk menerajui PDRM.

Menurutnya, kenangan dan pencapaian sepanjang berkhidmat menerajui PDRM tidak akan dilupakan, terutama dalam menangani ancaman pengganas di pantai timur Sabah dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia.

Saya amat berpuas hati dengan pencapaian PDRM terutama dalam soal menurunkan indeks jenayah. "Dan apa yang tidak dapat saya lupakan ialah cabaran menangani pengganas di Sabah beberapa bulan lepas yang mana saya dan Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) cuba sedaya upaya kami menumpaskan pengganas seterusnya mengekalkan keselamatan negara," katanya.

Terdahulu, ketibaan beliau pada kira-kira 8.30 pagi disambut dengan persembahan kumpulan pancaragam PDRM serta kira-kira 5,000 pegawai dan anggota polis di Dataran Kawad Pulapol.

Sepanjang kariernya di PDRM, beliau pernah menyandang beberapa jawatan, antaranya Pegawai Pendakwa di Mahkamah Ipoh, Perak pada 1994, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (1996) dan Ketua Penolong Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (2005).

Jawatan lain ialah Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (2005), Ketua Polis Selangor (2006), Pengarah Pengurusan Polis Bukit Aman (2007), Timbalan Ketua Polis Negara (2007) dan Ketua Polis Negara (2010).




 
 
 
 
 
sebak
 
yang gesek biola tu Asfar kan ?
 
 
 
 
Majlis serah terima tugas
 
Serah Terima tugas KPN
 
penyampaian cenderahati
 
 
Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dilantik sebagai Timbalan Ketua
Polis Negara
 
Mantan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar turut hadir
 
menangis
 
fuiyooo ..abang bodi ketak .. disebelah kanan tu Sub Inspektor/S
Sazali Samad
 
 
Lambaian terakhir sebagai Ketua Polis Negara