Followers

Jumaat, 28 Jun 2013

Abby Abadi bercuti lagi bersama Memey dan Norman Hakim

Nampaknya hubungan Abby Abadi dan Memey serta Norman Hakim sudah semakin baik dan rapat . Walaupun aku menyampah dengan kelantangan dan keceluparan Abby didalam FB dan Twitter tapi aku respek dalam cara dia menjaga perhubungan dengan Norman dan Memey . 

Ini terbukti dalam gambar-gambar yang diambil dari Beautifulnara  . Makin mesra dan serasi diorang seme bercuti di Pulau Pinang . 




Kalo Abby jadi isteri Norman lagi baik 






mesra kan ?


ewww...geli cik ular bila baby memey pegang ekor dia


Semoga jodoh Abby dan Norman masih ada ....Amin.....

love *Tinie*

Khamis, 27 Jun 2013

LAWAK LANS KOPERAL PAK YA

Disebabkan hati senang sebab jerebu dah hilang , maka meh kita berhibur dengan lawak dari kartun Lans Kpl Pak Ya tentang jerebu 


Tapi satu yang aku musykil.... kenapa Pak Ya ni tak naik-naik pangkat lagi ? Rasanya Pak Ya ni dah berpuluh tahun berkhidmat dalam PDRM , awat masih di Lans Kpl lagi ? ish ish ish...Kartunis dia kena jawab nih

kredit to FB PDRM
love *Tinie*

Pagi Tanpa Jerebu

Alhamdulillah ...
Pagi ni dimulakan dengan hari yang indah tanpa jerebu . Anak-anak pun dah boleh pergi sekolah . Takde la aku balik mengamuk-ngamuk sebab rumah bersepah bila seharian diorang duk kat umah .

Selamat Bekerja n Have a nice day without haze..





love *Tinie*

Rabu, 26 Jun 2013

Syura Juara Masterchef Musim ke 2


Akhirnya tamat sudah Masterchef musim ke 2 dengan pemenang nya ialah Syura .. Seronot laki den , chef peberet dia menang ..huh... Tapi memang best la tengok dia masak dan nampak sedap masakan dia .  Memang aku tak sangka dia akan menang ..malah tak sangka ...pun dia akan masuk ke final . Dengan kemenangan itu dia berjaya menyumbang RM 60,500 .00 kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Breast Cancer Welfare Association . Syura sendiri menerima hadiah tiket penerbangan pergi balik ke Paris untuk 2 orang. Ok la tu .. dapat la Syura honeymoon sekali lagi dengan asben dia . 







Tahniah jugak kepada Celina sebagai naib juara masterchef seleberiti musim ke 2. Dengan kejayaan sebagai naib juara dia berjaya menyumbang RM 10,500.00 kepada Furry Friends Farm.












sumber : fb masterchef , beautifulnara dan shakiddo.com
love *Tinie*

Selasa, 25 Jun 2013

JEREBU OH JEREBU


Beginilah suasana disekitar kuarters dan pejabat aku . Macam kat Genting plak ... Kalo betul-betul kat genting kan best .... Anak-anak aku dah 2 hari tak sekolah . Tapi Nisa aku terpaksa jugak hantar ke taska seperti biasa sebab aku tak dapat cuti . 






Ini plak catatan IPU terbaru di Pelabuhan Klang dan negeri-negeri lain ... tinggi woooo
Sama-sama lah kita berdoa semoga musibah ini tidak berpanjangan . Tak perlu lah menyalahkan negara jiran  tu ... yang penting sekarang berdoa semoga hujan 

love *Tinie*

Rabu, 19 Jun 2013

wordless wednesday

Rabu yang bisu..... Hilangkan stress kejap..


Hahahah ..bengong punya member !!!

love *Tinie*

Selasa, 18 Jun 2013

Alfatihah untuk Ustazah ku

Menerima berita pemergian Ustazah kesayangan semasa di sekolah menengah dulu . Allahyarhamah Ustazah Hindon meninggal dunia malam tadi kerana sakit tua di Hospital Putrajaya  .... Sekian lama mencari beliau , akhirnya hanya menerima berita pemergiannya . Aku dan ramai kawan-kawan bekas pelajar Sekolah Menengah ( A ) Khairiah , Kuala Terengganu amat menyayangi beliau sebagai seorang Ustazah yang baik tapi tegas . Suaranya merdu bila membaca Al-Quran dan  indah bila menyanyi Nasyid... 


Alfatihah untuk keluarga Allahyarhamah Ustazah Hindon.

love *Tinie*

Jumaat, 14 Jun 2013

Terasa diri ini kerdil


Bila teman-teman opis berbicara tentang henpon sambil menunjukkan henpon masing - masing , aku hanya mendiamkan diri sambil buat-buat sibuk menaip kat pc.....  segan aku nak join ....

Ye la...masing - masing , samsung la ,,S2 la S4 la...tab la .aipong la...semenya canggih manggih.... . yang aku punya canggih jugak ..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Huhuuu...canggihkan....????
Terasa diri ini kerdil....   :(



Khamis, 6 Jun 2013

Lawak Petang hari

Cilok dari blog Ben Ashaari  ... Hadiah untuk pengantin baru ... hahahah sanggup ke korang usung tong gas tu ke kenduri ? 




love *Tinie*

Pergi nya Seniman S. Samsudin

Alfatihah kepada keluarga allayarham S. Samsudin yang telah meninggal dunia pada 4 Jun yang lalu di Singapura . 





banyak filem lakonan arwah yang menjadi feveret aku . Antaranya : 

Pendekar Bujang Lapok 

3 Abdul 

Seniman Bujang Lapok 

Ali Baba Bujang Lapok 
Tapi yang tak boleh aku lupa filem Seniman Bujang Lapok . Salah satu babak yang paling aku ingat masa arwah dgn Pak Aziz Sattar . Ala ..yang Pak Aziz cakap nk pindah rumah tu .. Pastu arwah cakap ada umah sorang satu dapat ..ukuran dia 7 kaki panjang , 3 kaki lebar dan ada 7 kaki dalam plak tu kan ... yg kelakar nya bila Pak aziz perasan yang dia kena main di arwah ...pak aziz punya la marah ...arwah plak tahan gelak sambil pekup bantal... aku rasa arwah pak sudin masa tu memang betul betul x bleh tahan gelak punya ...ini real punya lawak dan bukan  lakonan ... 

babak dlm seniman bujang lapok yg paling best

al fatihah 

Tinggal lah Pak Aziz sorang dalam trio bujang lapok
Takziah sekali lagi untuk keluarga allahyarham Seniman S.Samsudin ..Semoga rohnya dicucuri rahmat ..
Al-Fatihah ...

kredit to : beautifulnara & gugel 

love *Tinie*

Makeover yang mengagumkan

Terpegun aku tengok makeover yang di lakukan terhadap wanita ni.. tak perlu buat pembedahan plastik .










Boleh buat rujukan nih ... tp tang cukur kening tu yg aku tak sanggup tu ...

Kesimpulannya bersyukur lah dengan anugerah Allah ...

Kredit to : Ohsenyum

love *Tinie*